Bihun Goreng Sotong Kering
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
3/4 paket Bihun Faiza – direndam hingga lembut dan ditoskan
1/2 mangkuk baki Sambal Tumis Sotong Kering
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 sudu besar kicap pekat Jalen
1 cawan taugeh – dibersihkan
2 pokok daun kucai – dipotong 4 cm panjang
1 biji tauhu putih – dipotong dadu kecil
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
Air jika perlu
Cara-cara:
- Panaskan minyak, goreng tauhu hingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan separuh layu.
- Masukkan Sambal Tumis Sotong Kering dan kicap pekat. Gaul rata. Tambah sedikit air dan garam. Gaul rata hingga mendidih.
- Kemudian, masukkan bihun, taugeh dan kucai. Gaul rata hingga bihun bersalut rata dengan bahan tumisan dan lembut.
- Akhir sekali, masukkan tauhu goreng dan gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment