Tuesday, September 24, 2013

Teatime 22.9.13 - Unplanned

Sebenarnya, plan nak buat donut resepi dari Dayangjack ni hari Sabtu (semalam) kononnya, tapi dah terbuat pizza pulak. Hari ni pulak, tak plan pun nak buat teatime. Tapi terrrrrbuat pulak.

Beza donut Dayangjack dengan Pn Azie adalah penggunaan ovelette menggantikan shortening. Dan Mrs K juga improvise, ikut Jamie Oliver punya doh pizza (semalam punya tu), iaitu menggunakan tepung semolina (sugee). Sebenarnya nak abiskan stok tepung semolina tu, sebab banyak balance dari buat biskut Arab time puasa hari tu. Hasilnya, sedap, gebu dan yang penting licin dimakan oleh the boys.

Donut Semolina



Sumber: Dayangjack, Jamie Oliver

Bahan-bahan doh:
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung semolina (sugee)* - beli di Bagus Bakery
1 sudu teh ovelette
1 1/2 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh gula pasir
1/4 cawan air suam
1 biji telur
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan susu segar (atau gantikan dengan 1 sudu besar susu tepung)
1/2 sudu kecil garam

Hiasan:
Gula aising secukupnya
Lidi sate

Cara-cara:
  1. Ayak bahan bertanda * ke dalam sebuah bekas yang besar.
  2. Satukan yis kering, gula dan air suam. Biarkan ia berbuih.
  3. Satukan telur, gula, marjerin, susu segar dan garam di dalam blender. Kisar hingga halus.
  4. Buatkan lubang di bahagian tengah tepung, tuangkan bahan dikisar dan yis. Gaul rata hingga mendapat doh yang elastik dan tidak melekat, tambah tepung sedikit-sedikit jika doh masih melekat.
  5. Sediakan loyang yang digris dengan sedikit marjerin. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan susun dalam loyang. Buat sehingga habis. Tutup permukaan loyang dengan kain lembap yang bersih dan biarkan doh naik sedikit, lebih kurang 10 minit.
  6. Sementara itu, sediakan bekas berisi gula aising. Panaskan minyak, goreng bebola donut hingga kekuningan. Angkat, toskan minyak dan golekkan dalam bekas gula aising rata-rata.
  7. Ambil lidi sate, cucuk 4 biji bebola dan susun dalam pinggan.

No comments: