So, first thing first. Memula, sediakan bahan nak masak nasi. Jagung ada setongkol lagi, balance buat cucur jagung hari tu. Resepi ikut suka, main campak aje. Rendang daging tu pulak, resepi dari rendang ayam. Ayam goreng berempah pun resepi suka hati. Sayur tak de, sebab takde sayur yang sesuai. Anyway, jagung pun category fruit vegetable kan, so kira ada la sayur jugak kat situ :).
Nasi Jagung
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
4 pot beras basmathi - dibasuh bersih dan direndam lebih kurang 1 jam, toskan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - bahagian putih sahaja, diketuk
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan mentega
1 1/2 sudu besar minyak masak
1 tongkol jagung - diambil isinya
3 pokok daun ketumbar (dengan akar) - dibasuh bersih dan dicincang kasar
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil garam halus
4 pot air
1/2 cawan susu cair
1 biji bawang besar - didadu
6 ulas bawang putih - dicincang
Cara-cara:
- Panaskan periuk nasi, masukkan mentega dan minyak masak. Setelah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang layu dan kekuningan.
- Masukkan beras, gaul rata supaya bersalut dengan bahan tumis. Kemudian, masukkan jagung dan daun ketumbar. Gaul rata, masukkan air, Maggi Cukup Rasa dan garam. Masak nasi seperti biasa.
- Lebih kurang 15 minit sebelum nasi masak, masukkan susu cair, gaul rata. Biarkan nasi masak sepenuhnya. Kaup balikkan setelah nasi masak.
- Beras basmathi boleh digantikan dengan beras biasa, atau 2 pot beras basmathi dan 2 pot beras biasa.
- Tujuan merendam beras basmathi adalah untuk memanjangkan saiznya, supaya nasi yang masak nanti lebih cantik.
- Tujuan menggoreng beras terlebih dahulu bersama rencah tumis adalah untuk menjadikannya berderai dan tidak melekat.
- Susu cair bertindak sebagai pelembut nasi, tak nak guna pun tak apa.
Rendang Pedas Daging
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
700 g daging lembu - dihiris nipis, dibasuh, ditoskan airnya
10 biji bawang kecil - dihiris nipis
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang serai - bahagian putih, dihiris nipis
2 helai daun kunyit - digulung, dihiris nipis
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1 kotak santan
1/2 kotak santan + air
1/2 keping kecil gula Melaka
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan dikisar halus:
20 tangkai cili kering - dipotong kecil, dibuang biji, direbus, toskan
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai - bahagian putih, dihiris
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan gula Melaka dan tumis lagi hingga terbit minyak.
- Masukkan daging dan gaul rata, biarkan sebentar hingga keluar air daging.
- Masukkan bahan-bahan dihiris nipis, daun limau purut, asam keping, kerisik dan santan (dua-dua). Renihkan di atas api sederhana, kacau sekali-sekala untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
- Setelah kuah agak pekat, masukkan garam, kalau dah cukup masam, boleh keluarkan asam keping. Perisakan secukupnya.
- Kepekatan kuah bergantung pada masing-masing.
Nota:
- Hasil eksperimen Mrs K, penggunaan gula Melaka dalam masakan rendang lagi sedap dari menggunakan gula pasir atau gula perang, tapi tak boleh banyak, dalam 1/2 keping kecil je.
- Dari blog Pn Aziejaya, hirisan bawang merah dan bawang putih yang banyak menyedapkan lagi rendang. True!
- Kalau tak suka daun limau purut, boleh omit je.
Ayam Goreng Berempah
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
7 ketul ayam - dibasuh bersih, ditoskan
Bahan-bahan perap:
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
4 biji bawang merah - dihiris nipis
1/2 batang serai - bahagian putih, diketuk dan diceraikan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk cili
1/2 paket kecil rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung rangup (kotak)
Air secukup (untuk bancuhan separuh pekat)
1 sudu besar minyak zaitun
Cara-cara:
- Bancuh bahan-bahan perap. Masukkan ayam dan gaul rata.
- Perap selama 1 jam atau lebih.
- Panaskan magic pan, bubuh sedikit minyak masak. Masukkan ayam dan tutup pan, masak di atas api sederhana.
- Lebih kurang 10 minit, buka pan dan balikkan ayam. Buat satu ruang, goreng bahan-bahan perap hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
- Setelah ayam masak sepenuhnya, angkat dan toskan minyak.
Nota:
- Walaupun resepi main campak je, tapi bau memang harum. Rasa pon ok, cuma hasil perapan tu tak berapa nak garing. Mungkin kena goreng dalam kuali biasa kot.
Blended Watermelon Juice
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1/2 biji tembikai - dipotong kecil dan dibuang biji dan kulit
6 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu cair
Ais secukupnya
Air masak secukupnya
Cara-cara:
- Blend semua bahan (make sure blender tu boleh blend ais ya).
- Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment