Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
2 ketul besar isi ayam - dipotong dadu
3 biji cili padi - dibelah dua tanpa putus
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar
3 pokok pak choy - dibuang bahagian hujung, dibersihkan
1/2 biji bawang kuning - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
1/2 batang lobak merah - dibuang kulit, dihiris bulat
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan dibancuh bersama (batter):
2 sudu besar tepung rangup (dalam kotak)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji telur
1 sudu teh Italian Mixed Herbs (dalam botol)
Air secukupnya (untuk bancuhan sederhana pekat, jangan terlalu cair)
Cara-cara:
- Masukkan isi ayam ke dalam batter, gaul rata, perap dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Panaskan 2 sudu besar minyak, masukkan isi ayam satu persatu (untuk elakkan melekat), dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Tinggalkan dalam 1 sudu besar baki minyak menggoreng, tumis bawang putih, bawang kuning dan cili padi hingga layu.
- Masukkan Maggi Cukup Rasa dan pak choy. Gaul rata, masukkan ayam yang telah digoreng.
- Kacau rata dan angkat.
No comments:
Post a Comment