Sunday, September 22, 2013

Lunch Sunday 22.9.13 - Sunday Treat

Hari ni Mrs K plan nak buat nasi ayam, tapi ayam tu bukan yang perap macam biasa sebab Mrs K perhatikan En K ni kurang sikit kalau buat ayam macam tu. Even ayam berempah pun dia tak suka. So, Mrs K improvise la, makanya nasi ayam dilawan dengan ayam masak merah, tapi untuk the kids, Mrs K buatkan ayam goreng tepung rangup. Nasi ayam ni idea tiba-tiba, sebab kebetulan Rayyan demam, so Mrs K bercadang nak buat sup ayam. Tapi alang-alang buat sup ayam, baiklah buat nasi ayam terus. Mrs K memang dah set dalam kepala, malam Sabtu adalah Pizza Night, and hari Ahad, adalah hari untuk Sunday treat di mana, Mrs K will do something special for lunch and dinner. Tapi semua tu provided kalau tak keluar ke mana-mana la kan.

Idea nak buat Pizza Night ni datang bila browsing through Lemongrass' blog. And nasi ayam makan dengan ayam masak merah pulak dapat masa singgah blog Pn Azlita Masam Manis.

Nasi Ayam Planta


Mula-mula Mrs K sediakan air rebusan ayam. Air rebusan ayam ni kemudiannya akan digunakan untuk memasak nasi dan juga dibuat sup sebagai hidangan sampingan. Untuk nasi pula, Mrs K ikut cara Pn Aziejaya, iaitu menggunakan lelemak dan kulit ayam sebagai salah satu bahan tumisan. Hasilnya memang rasa macam nasi ayam kat kedai la. Lelemak dan kulit tu memang Mrs K dah save siap-siap dalam freezer, tujuan memang nak buat nasi ayam la. Ayam yang direbus pula Mrs K buatkan ayam goreng tepung rangup.

Bahan-bahan (sup):
5 ketul ayam (campuran tulang dan daging)
5 cawan air
1 ketul kiub ayam

1 batang celery - dipotong serong
1/2 biji lobak merah - dipotong kasar
3 tangkai daun ketumbar - diracik kasar
2 cawan air

Cara-cara:
  1. Rebus ayam bersama air dan kiub ayam hingga mendidih. Asingkan 3 1/2 cawan untuk memasak nasi.
  2. Tambahkan air lagi, didihkan dan masukkan sayur-sayuran dan perasakan secukupnya. Tutup api.
Bahan-bahan (nasi):
1 1/2 cawan beras basmathi*
2 cawan beras biasa*
3 1/2 cawan air rebusan ayam
1 batang serai - dititik
1/2 cawan lelemak ayam + kulit ayam
3/4 cawan Planta
1 biji bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih - dicincang
5 hirisan tebal halia
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Campurkan bahan bertanda *, basuh bersih dan rendam selama 15 minit, kemudian toskan airnya.
  2. Masukkan Planta dan minyak masak ke dalam periuk nasi elektrik. Panaskan hingga Planta cair.
  3. Masukkan serai dan lelemak ayam + kulit. Tutup periuk dan biarkan naik bau.
  4. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tutup periuk dan biarkan naik bau dan agak garing.
  5. Masukkan beras dan kacau rata selama 5 minit, tujuannya supaya nasi masak berderai. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Kacau, tutup periuk dan masak seperti biasa. Bila nasi sudah kering, gemburkan sedikit.
Ayam Masak Merah Pandan

Sumber: Kakak

Bahan-bahan:
6 ketul ayam*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1/2 sudu kecil garam*
1 helai daun pandan - 
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar
1 biji tomato - didadu kasar
1 pokok daun ketumbar - diracik kasar
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
Air, garam dan minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
10 tangkai cili kering - dipotong kasar, direndam dalam air panas, asingkan biji
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:
  1. Gaul bahan bertanda * dan goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak, ketepikan.
  2. Tinggal 5 sudu besar minyak gorengan, tumis daun pandan, tomato dan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram, kacau lagi.
  3. Masukkan air, setelah mendidih, masukkan ayam goreng, renihkan pada api sederhana hingga ayam betul-betul masak.
  4. Akhir sekali, masukkan garam, bawang kuning dan daun ketumbar; Gaul rata dan tutup api.
Ayam Goreng Tepung Berempah

Bahan-bahan:
5 ketul ayam yang telah direbus
1 biji telur
1/2 paket tepung berempah (untuk ayam)
Minyak secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sediakan bekas untuk tepung.
  2. Sementara itu, pukul telur hingga berbuih.
  3. Celupkan ayam ke dalam telur kemudian salutkan dengan tepung.
  4. Celup sekali lagi ke dalam telur dan salutkan dengan tepung.
  5. Goreng hingga kekuning dan agak garing.
  6. Angkat dan toskan minyaknya.

No comments: