Saturday, September 28, 2013

Dinner 27/9/13

Sambal Sardin

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 tin kecil sardin
4 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 hirisan kecil halia – dipotong matchstick
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
2 hirisan bulat bawang besar
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
1 1/2 sudu besar minyak masak
Air (1 1/2 tin sardin)
1/2 sudu gula perang
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang kecil, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, setelah mendidih, masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis hingga pecah minyak (kacau selalu).
  3. Masukkan sardin, air dan asam keping. Setelah mendidih, keluarkan asam keping jika sudah cukup masam. Kemudian, masukkan bawang besar dan cili padi. Renihkan.
  4. Setelah mendidih, masukkan garam. Didihkan lagi dan tutup api.


Kacang Buncis Tumis Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 urat kacang buncis – dibuang urat, dipotong serong
1 biji cili merah – dipotong serong
1/2 biji bawang besar – dipotong bulat
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
4 batang crabstick – dipotong 3 serong
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan crabstick, tumis lagi.
  3. Masukkan kacang buncis dan cili merah. Kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan kicap dan bawang besar. Kacau beberapa minit hingga bawang besar layu dan tutup api.

Tuesday, September 24, 2013

Lunch 24.9.13

Masak untuk bawa bekal ke office.

Nasi Goreng Chilli Tuna

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 cawan nasi putih
3/4 tin chilli tuna
1/2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
1 paket perencah nasi goreng Adabi
1/2 cawan mixed vegetables
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan perencah nasi goreng dan tuna. Kacau rata.
  3. Masukkan mixed vegetables dan kacau rata.
  4. Masukkan garam jika perlu dan nasi. Gaul rata selama beberapa minit. Tutup api.

Dinner 23.9.13

Kuey Tiow Goreng Simple

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 paket kuey tiow - dibilas, ditoskan airnya
1/2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 paket fish ball - dibelah 2
4 pokok daun kucai - dipotong 5 cm
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji telur
Sedikit air
1 1/2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, pecahkan telur dan buat telur hancur. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sedia ada, tambah sedikit jika perlu, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan fish ball dan kacau lagi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan sos cili Thai, kicap cair dan kicap manis. Tumis seketika, tambah air.
  5. Masukkan kueytiow adn kucai, gaul rata.
  6. Akhir sekali, masukkan telur. Gaul rata dan tutup api.

Breakfast Saturday 21.9.13

Guna resepi dari Hana Memories. Tapi Mrs K improvise sikit, Pn Hana guna 2 cawan susus segar, dan beliau tulis boleh substitute dengan susu cair. So, apa yang Mrs K buat, Mrs K gunakan 1 cawan susu segar dan 1 cawan susu cair. Sedap. Untuk kari pula, Mrs K guna resepi mak Mrs K, cuma tak tambah santan. Tapi, memang Mrs K fail la bab menjala ni. Hari tu guna acuan jala bulat pun tak berapa menjadi, kali ni guna yang muncung tiga yang Mrs K beli di Daiso pun tak menjadi. Kena practice lagi la nampak gayanya.

Roti Jala





Sumber: Hana Memories

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum - diayak
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan susu cair
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna kuning

Cara-cara:

  • Satukan kesemua bahan di dalam blender dan blend hingga sebati, jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air, adjust di mana yang patut.
  • Sediakan kuali leper, lengserkan dengan sedikit minyak. Panaskan.
  • Jalakan adunan ikut style yang disukai. Tidak perlu dibalikkan. Bila adunan bertukar warna, bolehlah terus dilipat atau digulung.
  • Susun di dalam pinggan.

Kari Ayam dan Kentang Tanpa Santan

Bahan-bahan:
Beberapa ketul ayam - dipotong kecil
1 biji kentang - didadu kecil
3 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 bungkus rempah kari ayam - dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan bancuhan rempah kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak. Kacau selalu untuk mengelakkan rempah hangit.
  • Masukkan ayam dan gaul rata, kemudian masukkan kentang dan gaul rata.
  • Masukkan air dan air asam jawa.
  • Setelah mendidih, masukkan garam dan renihkan hingga kuah menjadi agak pekat.
  • Tutup api.

Lunch Monday 23.9.13

Hari ni Mrs K ambik half day sebab dah few days Rayyan demam time malam. Tapi siang dia ok je, active dan tak melepek pun. Bila malam, start dedar badan dia. Kena la jelum selalu dengan air, since liat betul nak telan ubat perisa oren tu. Memang tidur pun tak lena, sebab takut suhu badan dia naik tinggi, memang dah ready dengan mangkuk air untuk jelum kepala walaupun Rayyan ada la bengang jugak, tetiba kepala dia basah kan. Pagi tadi dah terjaga dah, tapi tu la tak cukup tidur, so mengantuk giler, terus la sms Mrs Boss, kata nak amik half day. Sambung tido kejap. Pukul 10 am, start masak untuk lunch since En K pun ada, dia baru balik keje pagi tadi. Masak simple aje, sambal tumis ikan bilis dengan petai, telur goreng mata simbah kicap. Dah siap. Untuk cili kisar tu, biasanya Mrs K akan buat banyak sekali gus, dan tanpa belacan. So, bila rasa nak goreng mi boleh la terus guna, atau kalau nak masak merah, just kisar sedikit halia dan campurkan sekali. Mrs K akan buat once a week.

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai

Sumber: Mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis siap dikopek - dibasuh dan ditoskan
1 biji bawang besar - dihiris kasar
1/2 cawan petai - kalau besar boleh dibelah 2
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
*Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam fridge.

15 tangkai cili kering - dipotong, dibuang biji, direndam dalam air panas
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara-cara:

  • Panaskan minyak,goreng ikan bilis hingga garing, Angkat dan toskan. Ketepikan.
  • Gunakan minyak yang sama dan tumis bahan kisar hingga mendidih.
  • Masukkan gula perang dan sos tiram, tumis lagi hingga pecah minyak
  • Masukkan petai dan gaul rata, masukkan sedikit air, bawang besar dan asam keping.
  • Setelah mendidih, masukkan ikan bilis dan gaul rata. Masukkan garam, setelah cukup rasa, tutup api.


Teatime 22.9.13 - Unplanned

Sebenarnya, plan nak buat donut resepi dari Dayangjack ni hari Sabtu (semalam) kononnya, tapi dah terbuat pizza pulak. Hari ni pulak, tak plan pun nak buat teatime. Tapi terrrrrbuat pulak.

Beza donut Dayangjack dengan Pn Azie adalah penggunaan ovelette menggantikan shortening. Dan Mrs K juga improvise, ikut Jamie Oliver punya doh pizza (semalam punya tu), iaitu menggunakan tepung semolina (sugee). Sebenarnya nak abiskan stok tepung semolina tu, sebab banyak balance dari buat biskut Arab time puasa hari tu. Hasilnya, sedap, gebu dan yang penting licin dimakan oleh the boys.

Donut Semolina



Sumber: Dayangjack, Jamie Oliver

Bahan-bahan doh:
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung semolina (sugee)* - beli di Bagus Bakery
1 sudu teh ovelette
1 1/2 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh gula pasir
1/4 cawan air suam
1 biji telur
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan susu segar (atau gantikan dengan 1 sudu besar susu tepung)
1/2 sudu kecil garam

Hiasan:
Gula aising secukupnya
Lidi sate

Cara-cara:
  1. Ayak bahan bertanda * ke dalam sebuah bekas yang besar.
  2. Satukan yis kering, gula dan air suam. Biarkan ia berbuih.
  3. Satukan telur, gula, marjerin, susu segar dan garam di dalam blender. Kisar hingga halus.
  4. Buatkan lubang di bahagian tengah tepung, tuangkan bahan dikisar dan yis. Gaul rata hingga mendapat doh yang elastik dan tidak melekat, tambah tepung sedikit-sedikit jika doh masih melekat.
  5. Sediakan loyang yang digris dengan sedikit marjerin. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan susun dalam loyang. Buat sehingga habis. Tutup permukaan loyang dengan kain lembap yang bersih dan biarkan doh naik sedikit, lebih kurang 10 minit.
  6. Sementara itu, sediakan bekas berisi gula aising. Panaskan minyak, goreng bebola donut hingga kekuningan. Angkat, toskan minyak dan golekkan dalam bekas gula aising rata-rata.
  7. Ambil lidi sate, cucuk 4 biji bebola dan susun dalam pinggan.

Monday, September 23, 2013

Dinner Sat 21.9,13

Seafood Pizza dan Chicken Sausage Pizza



Sumber (doh pizza): Mat Gebu, Dayang Jack, Jamie Oliver

Bahan-bahan doh:
1 1/2 cawan tepung superfine*
1 1/2 cawan tepung semolina (sugee)* - idea dari Jamie Oliver
1 sudu kecil garam*
2 skup susu tepung* - idea dari Dayang Jack
1 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil gula pasir
2 cawan air suam
1 1/2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  • Satukan bahan bertanda * dan ayak. Ketepikan.
  • Ambil 1 cawan air suam, masukkan gula dan kacau. Masukkan pula yis kering. Biarkan berbuih (lebih kurang 10 minit). Ketepikan.
  • Masukkan campuran tepung ke dalam bekas yang besar, buatkan lubang di bahagian tengah.
  • Apabila campuran yis sudah berbuih, tuangkan ke bahagian tengah tepung dan uli. Tambah baki air suam sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang tidak melekat dan mudah diuli.
  • Tuangkan minyak dan uli lagi hingga betul-betul lembut. Tutup bekas dengan kain lembap yang bersih  dan perap selama 1 jam.


Bahan-bahan inti (seafood):
6 batang crab stick - dihiris 2 cm
1/2 tin tuna dalam tin - diracik kasar (Mrs K guna chilli tuna)
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar
3 biji cendawan straw - dihiris nipis
2 sudu besar sos spaghetti
Sos Thousand Island secukupnya
Parutan keju cheddar secukupnya + 1 keping sliced cheese

Bahan-bahan inti (sosej):
5 batang sosej - dihiris nipis
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar
3 biji cendawan straw - dihiris nipis
2 sudu besar sos spaghetti
Parutan keju cheddar secukupnya + 1 keping sliced cheese

Cara-cara:
  • Panaskan oven pada suhu 180C.
  • Sediakan dulang pizza. Bahagikan doh yang sudah kembang kepada dua bahagian. Ambil satu bahagian dan tekankan ke dalam acuan hingga penuh, mengikut ketebalan yang digemari.




  • Sapukan sos spaghetti rata-rata, racikkan sliced cheese dan taburkan inti rata-rata.
  • Taburkan parutan keju rata dan sedia dibakar selama 30 minit, menggunakan api atas dan bawah. 10 minit terakhir tukarkan kepada api atas supaya parutan keju cair dan agak garing.
  • Hidangkan panas-panas.

Sunday, September 22, 2013

Lunch Sunday 22.9.13 - Sunday Treat

Hari ni Mrs K plan nak buat nasi ayam, tapi ayam tu bukan yang perap macam biasa sebab Mrs K perhatikan En K ni kurang sikit kalau buat ayam macam tu. Even ayam berempah pun dia tak suka. So, Mrs K improvise la, makanya nasi ayam dilawan dengan ayam masak merah, tapi untuk the kids, Mrs K buatkan ayam goreng tepung rangup. Nasi ayam ni idea tiba-tiba, sebab kebetulan Rayyan demam, so Mrs K bercadang nak buat sup ayam. Tapi alang-alang buat sup ayam, baiklah buat nasi ayam terus. Mrs K memang dah set dalam kepala, malam Sabtu adalah Pizza Night, and hari Ahad, adalah hari untuk Sunday treat di mana, Mrs K will do something special for lunch and dinner. Tapi semua tu provided kalau tak keluar ke mana-mana la kan.

Idea nak buat Pizza Night ni datang bila browsing through Lemongrass' blog. And nasi ayam makan dengan ayam masak merah pulak dapat masa singgah blog Pn Azlita Masam Manis.

Nasi Ayam Planta


Mula-mula Mrs K sediakan air rebusan ayam. Air rebusan ayam ni kemudiannya akan digunakan untuk memasak nasi dan juga dibuat sup sebagai hidangan sampingan. Untuk nasi pula, Mrs K ikut cara Pn Aziejaya, iaitu menggunakan lelemak dan kulit ayam sebagai salah satu bahan tumisan. Hasilnya memang rasa macam nasi ayam kat kedai la. Lelemak dan kulit tu memang Mrs K dah save siap-siap dalam freezer, tujuan memang nak buat nasi ayam la. Ayam yang direbus pula Mrs K buatkan ayam goreng tepung rangup.

Bahan-bahan (sup):
5 ketul ayam (campuran tulang dan daging)
5 cawan air
1 ketul kiub ayam

1 batang celery - dipotong serong
1/2 biji lobak merah - dipotong kasar
3 tangkai daun ketumbar - diracik kasar
2 cawan air

Cara-cara:
  1. Rebus ayam bersama air dan kiub ayam hingga mendidih. Asingkan 3 1/2 cawan untuk memasak nasi.
  2. Tambahkan air lagi, didihkan dan masukkan sayur-sayuran dan perasakan secukupnya. Tutup api.
Bahan-bahan (nasi):
1 1/2 cawan beras basmathi*
2 cawan beras biasa*
3 1/2 cawan air rebusan ayam
1 batang serai - dititik
1/2 cawan lelemak ayam + kulit ayam
3/4 cawan Planta
1 biji bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih - dicincang
5 hirisan tebal halia
1 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Campurkan bahan bertanda *, basuh bersih dan rendam selama 15 minit, kemudian toskan airnya.
  2. Masukkan Planta dan minyak masak ke dalam periuk nasi elektrik. Panaskan hingga Planta cair.
  3. Masukkan serai dan lelemak ayam + kulit. Tutup periuk dan biarkan naik bau.
  4. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tutup periuk dan biarkan naik bau dan agak garing.
  5. Masukkan beras dan kacau rata selama 5 minit, tujuannya supaya nasi masak berderai. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Kacau, tutup periuk dan masak seperti biasa. Bila nasi sudah kering, gemburkan sedikit.
Ayam Masak Merah Pandan

Sumber: Kakak

Bahan-bahan:
6 ketul ayam*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1/2 sudu kecil garam*
1 helai daun pandan - 
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar
1 biji tomato - didadu kasar
1 pokok daun ketumbar - diracik kasar
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
Air, garam dan minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
10 tangkai cili kering - dipotong kasar, direndam dalam air panas, asingkan biji
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:
  1. Gaul bahan bertanda * dan goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak, ketepikan.
  2. Tinggal 5 sudu besar minyak gorengan, tumis daun pandan, tomato dan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram, kacau lagi.
  3. Masukkan air, setelah mendidih, masukkan ayam goreng, renihkan pada api sederhana hingga ayam betul-betul masak.
  4. Akhir sekali, masukkan garam, bawang kuning dan daun ketumbar; Gaul rata dan tutup api.
Ayam Goreng Tepung Berempah

Bahan-bahan:
5 ketul ayam yang telah direbus
1 biji telur
1/2 paket tepung berempah (untuk ayam)
Minyak secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sediakan bekas untuk tepung.
  2. Sementara itu, pukul telur hingga berbuih.
  3. Celupkan ayam ke dalam telur kemudian salutkan dengan tepung.
  4. Celup sekali lagi ke dalam telur dan salutkan dengan tepung.
  5. Goreng hingga kekuning dan agak garing.
  6. Angkat dan toskan minyaknya.

Saturday, September 21, 2013

Dinner Thurs 19.9.13

Maggi Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 paket Mi Cintan Kari
2 paket Mi Goreng Sedap
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 ekor sotong - dipotong kecil
2 ketul isi ayam - didadu
2 pokok sawi kecil - asingkan batang dan daun, dipotong kecil
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
Air (jika perlu)
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Sediakan air masak mendidih. Masukkan mi segera ke dalam bekas dan tuangkan air masak. Rendam sebentar, jangan terlalu kembang, tapis dan toskan airnya. Ketepikan.
  2. Sediakan kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, perencah kari dan perencang mi goreng sedap dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan sotong dan ayam, kacau rata. Kemudian, masukkan sos cili dan kicap manis beserta air jika perlu.
  5. Setelah mendidih, masukkan batang sawi, kacau sebentar.
  6. Masukkan mi dan sayur sawi. Kacau rata, selama lebih kurang 10 minit.
  7. Angkat dan hidangkan.

Dinner Fri 20.9.13

Sup Makaroni Mudah

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan makaroni - dibasuh dan ditoskan
2 ketul isi ayam - didadu
2 pokok sawi kecil - asingkan batang dan daun, dipotong kecil
4 biji bawang kecil - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1 ketul kiub ayam
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang kecil hingga harum, kemudian masukkan lada hitam. Tumis sebentar.
  2. Masukkan ayam dan tumis sebentar. Masukkan air dan kiub ayam. Renihkan.
  3. Kemudian, masukkan batang sawi dan sedikit garam jika perlu. Kemudian, masukkan makaroni, perlahankan api, rebus sehungga makaroni kembang dan masak, tambah air jika perlu.
  4. Akhir sekali, masukkan daun sawi, renihkan sebentar dan angkat.

Tuesday, September 17, 2013

Teatime 16.9.13

I made half of the recipe and in cupcakes form, got 9 cupcakes altogether and the boys (including the dad) finished it all in no time! Haqimie alone ate 5 cupcakes! I just got to taste, like 1/2 cup? Huhu...but nevermind, it made me happy that they indulged my cooking!

Here's the recipe (1/2 recipe) (I translated it to Malay, anyway). But you can always refer to the original recipe in here. I found this recipe when I browsed Lemongrass' blog. Since I made it as cupcakes, I didn't need to grease the paper cup. I also reduced the baking time to 50 minutes or until a skewer inserted in the centre came out clean.

Sultana Cupcakes

Source: http://www.taste.com.au/recipes/7306/sultana+cake




Bahan-bahan:

125 g mentega - dilembutkan (Mrs K guna SCS)
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur gred B + 1 biji telur gred C
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh serbuk penaik*
1/2 cawan susu segar (Mrs K guna Dutch Lady Full Cream)
1 cawan kismis sultana

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170C selama 20 minit.
  2. Sementara itu, sediakan acuan kertas dan susun di atas dulang pembakar.
  3. Ayak bahan bertanda *. Ketepikan.
  4. Gunakan mixer, pukul mentega, gula dan esen vanila hingga putih dan berkrim.
  5. Tambahkan telur, satu persatu, pukul rata setiap kali memasukkan telur.
  6. Masukkan separuh tepung, pukul sebentar, masukkan separuh susu, pukul sebentar. Ulang sekali lagi.
  7. Matikan mixer, masukkan kismis dan kaup balikkan hingga rata.
  8. Masukkan 2 1/2 sudu besar adunan kek ke dalam acuan (3/4 penuh) hingga habis.
  9. Bakar selama 50 minit atau hingga masak, menggunakan api atas dan bawah.
Nota:
Seperti yang diketahui, kek yang menggunakan pure butter (macam SCS, Anchor, Golden Churn, etc) akan memberikan rasa yang lebih sedap dan bau yang lebih wangi berbanding menggunakan lepa susu (macam Buttercup). Of course harga memang agak mahal tapi untuk family makan rasanya berbaloi kot.




Lunch 15.9.2013

Kari Daging Tanpa Santan

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
300 g daging lembu - dihiris
2 biji kentang - dikupas, dibelah 4
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari*
1 sudu besar kerisik*
1/2 paket rempah kari daging*
2 sudu besar rempah kari giling (beli di pasar basah)
3/4 cawan air asam jawa sederhana pekat
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:

  1. Bancuh bahan bertanda * dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai.
  3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar.
  4. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumis hingga layu dan wangi.
  5. Masukkan bancuhan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  6. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata dan biarkan sebentar untuk keluarkan air daging.
  7. Kemudian, masukkan air asam jawa dan air. Kacau sekali-sekala. Tutup periuk dan pastikan kentang betul-betul empuk.
  8. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih dan sesuaikan rasa. Hidangkan.


Ikan Salmon Goreng Garing

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
1 keping ikan salmon
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh Italian Mixed Herb
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Bancuh semua bahan kecuali ikan dan minyak zaitun hingga sebati dan tidak terlalu cair.
  2. Perap ikan dengan bahan yang dibancuh selama 1/2 jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dalam kuali leper.

Breakfast 15.9.2013

Sandwich Burger

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
6 keping roti Honey Wholewheat Gardenia
3 keping burger ayam Ramly - dinyahbeku
1/2 batang timun Jepun - dihiris nipis
Sos cili
Mayonis
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mentega

Cara-cara:
  • Panaskan minyak zaitun dan mentega, letakkan roti dan bakar sebentar hingga agak garing. Angkat.
  • Gunakan minyak yang sama dan goreng burger hingga masak.
  • Aturkan 3 keping roti, letakkan hirisan timun, diikuti sos cili, burger, mayonis dan tutup dengan 3 keping roti lagi. Potong kepada 2 segi tiga.



Lunch 14.9.13

Ikan Talapia Goreng Berlada

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia merah - dibuang sisik, dikelar 3
3 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
1/4 biji lemon - diambil jus
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 1/2 sudu teh Italian Mixed Herbs (dalam botol)

Bahan-bahan dikisar kasar/ditumbuk kasar:
3 biji cili merah
3 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu teh garam

Sampingan (jika suka):
1 papan petai - dikupas dan direndam sebentar

Cara-cara:
  • Lumur ikan dengan jus lemon rata-rata.
  • Kemudian, lumur dengan bahan-bahan lain. Perap dalam 1/2 jam atau lebih.
  • Panaskan minyak (agak banyak jika ikan besar), gunakan api sederhana.
  • Masukkan ikan perlahan-lahan, tutup (check sekali-sekala, takut hangit).
  • Balikkan ikan, pastikan kedua-dua belah agak garing.
  • Setelah cukup garing, angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.

  • Tinggalkan minyak dalam 3 sudu besar. Tumis bahan kisar hingga layu. Tuangkan ke atas ikan goreng.

  • Jika suka, boleh tambahkan petai, tumis sebentar sebelum dituang ke atas ikan.


Air Asam Budu

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
1 biji cili merah - dicincang
5 biji cili padi - dihiris kasar
4 biji bawang kecil - dihiris
1 biji mangga muda (kecil) - dikupas
1/2 cawan air asam jawa pekat* (dibancuh dengan air masak suam)
1 sudu teh gula perang*
1/2 cawan budu (Mrs K guna Cap Ketereh)

Cara-cara:
  1. Mangga muda dihiris nipis, kemudian potong lagi macam match sticks.
  2. Campurkan air asam jawa dengan gula perang. Kacau sebati.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk hidangan dan kacau rata. Hidangkan.


Pucuk Paku dan Kangkung Goreng Belacan

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1/2 ikat kangkung berbatang merah - diasingkan batang dan daun
1 ikat pucuk paku (jenis kurang daun dan berbatang tebal) - diasingkan batang dan daun
1 biji tomato - dibelah 4
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
2 biji cili padi merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

Cara-cara:
  1. Batang kangkung dan pucuk paku dipotong lebih kurang 4 cm panjang dan dibelah dua jika tebal. Rendam batang dan daun dalam air bercampur sedikit cuka untuk menghilangkan kotoran dan bendasing selama lebih kurang 15 minit. Kemudian, basuh sekali lagi dan toskan airnya.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga harum.
  3. Masukkan batang kangkung dan pucuk paku, tumis seketika. Masukkan sos tiram, garam dan sedikit air.
  4. Setelah mendidih, masukkan bahagian daun dan tumis hingga separuh layu. Angkat dan hidangkan.

Monday, September 16, 2013

Brunch 16.9.2013

Nasi Lemak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 pot beras basmathi + 1 pot beras biasa - dibasuh bersih, direndam dengan 3 pot air
2 inci halia - dikupas, diketuk hingga pecah
5 biji bawang merah - dihiris nipis
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 kotak santan
1 1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Apabila sudah masak, gemburkan nasi dan biarkan dalam 5 minit sebelum dihidangkan.



Sambal Ikan Bilis dengan Petai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis - dibasuh bersih, ditoskan
2 papan petai - dikupas, dibelah 2 jika matanya besar
1 biji bawang besar - dihiris kasar
1 keping asam keping
1 sudu teh gula perang
1 1/2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:
1 cawan cili kering - dipotong kecil, direndam dalam air panas, ditoskan, asingkan biji
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tambah jika perlu, tumis separuh bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak dan agak garing.
  4. Masukkan sedikit air dan asam keping. Setelah mendidih, masukkan petai dan separuh lagi bawang besar. Tumis sebentar.
  5. Masukkan ikan bilis dan garam. Setelah mendidih, tutup api.
Nota:
Untuk hidangan yang lengkap, hidangkan nasi lemak dan sambal tumis dengan telur goreng/rebus dan hirisan timun.

Saturday, September 14, 2013

Dinner 13.9.13 ala-ala Secret Recipe

Makaroni Berkeju

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1/4 paket elbow macaroni - direbus mengikut arahan pada paket, ditoskan
1 tin Cheese and Herbs Sauce jenama Prego
5 biji straw mushroom - dibelah 2
6 batang crab stick - dipotong dua
1 keping keju
Taburan keju cheddar

Cara-cara:
  • Campurkan makaroni, sos Prego, cendawan dan crab stick dalam periuk sederhana. Panaskan selama lebih kurang 10-15 minit. Alihkan dari api.


  • Jika perlu, alihkan makaroni ke dalam acuan tahan panas, taburkan cheddar dan koyak-koyakkan keju.
  • Bakar pada suhu 200C selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga bahagian atas agak garing.
  • Sedap dimakan panas-panas.

Friday, September 13, 2013

Ikan Kembung Masak Lemak Tempoyak

Ikan Kembung Masak Lemak Tempoyak

Sumber: mrskojiwami





Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung - dikelar
1 batang serai - bahagian putih, diket
1/2 batang bunga kantan
4 tangkai daun kesum
3 sudu besar tempoyak
2 1/2 cawan air
1/4 kotak santan
1 keping asam keping
3 biji bawang merah - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 biji cili merah
7 biji cili padi
2 inci kunyit

Cara-cara:

  1. Bancuh tempoyak, santan dan air bersama dengan bahan tumbuk hingga mesra.
  2. Masukkan serai dan asam keping. Renihkan di atas api perlahan.
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum dan bawang merah. Renihkan lagi, kacau sekali-sekala, jangan selalu untuk elakkan ikan hancur.
  4. Setelah mendidih, perisakan. Kalau sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Kalau terlebih masam, adjust dengan menambahkan sedikit gula pasir (jangan banyak sangat, nanti manis pulak).
  5. Siap untuk dihidangkan.

Thursday, September 12, 2013

Sedapnya rebung

Kari Ayam dan Rebung (Tanpa Santan)

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 ketul ayam
1 paket pucuk rebung jeruk - dipotong 5 cm, dibelah 4 jika besar
1 biji kentang - dipotong 8
1 paket kecil serbuk rempah kari daging*
1 sudu besar kerisik*
2 tangkai daun kari*
1/2 cawan air*
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
5 biji bawang merah**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Bancuh bahan-bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Tumbuk kasar bahan-bahan bertanda **. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, gaul rata, biarkan sebentar untuk keluarkan air ayam.
  6. Masukkan air dan air asam jawa. Renihkan.
  7. Setelah mendidih, masukkan rebung dan kentang. Tutup periuk, kacau sekali-sekala hingga rebung dan kentang empuk.
  8. Setelah empuk, perisakan. Renih dan kacau sekali-sekala sehingga dapat kepekatan kuah yang dikehendaki. Tutup api.

Wednesday, September 11, 2013

Dinner simple aje

Mee Sup Sempoi



Bahan-bahan sup:
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu teh lada hitam*
1 sudu teh jintan manis*
1 bungkus sup bunjut - dibasuh
1 batang saderi - dihiris serong
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar
1/4 bungkus daging kisar
4 ketul isi ayam - dipotong dadu
2 sudu besar minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:
3/4 bungkus mee kuning - dicelur dan ditoskan
1 pokok pak choy - dipotong hujung, diasingkan, dicelur dan ditoskan
Bawang goreng, cili kicap, sos cili

Cili kicap:
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya

Cara-cara:

  1. Untuk membuat sup: Tumbuk kasar bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan ayam, gaul sebentar dan masukkan air dan sup bunjut. Renihkan.
  3. Setelah mendidih, masukkan saderi, daun ketumbar dan garam. Perisakan secukupnya. Tutup api.
  4. Cili kicap: Blend kesemua bahan hingga halus.
  5. Untuk menghidang, letakkan mee ke dalam mangkuk. Letakkan pak choy dan tuangkan kuah ke atasnya. Tabur bawang goreng dan letakkan cili kicap dan sos cili. Sedia dimakan.






Monday, September 9, 2013

Simple Sausage Rolls

Breakfast untuk Jumaat lepas.

SIMPLE SAUSAGE ROLLS




Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
6 keping roti putih
6 ketul sosej (Mrs K guna brand NutriPlus for the first time - sedap sebab tak masin)
Helaian daun salad
Batter (refer sini)

Cara-cara:
  1. Ambil sekeping roti dan leperkan menggunakan rolling pin.
  2. Susun daun salad dan letakkan sosej.
  3. Gulung dan lekatkan dengan putih telur. Buat sehingga habis.
  4. Panaskan minyak dan celupkan rolls dalam batter. Toskan dan goreng hingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan minyaknya.
  6. Sedap dicicah dengan sos cili.

Pocket Sandwiches

Mrs K sediakan untuk breakfast. Inti terpulang pada masing-masing. Mrs K ada buat inti karipap (balance buat karipap hari tu), inti sardin. Untuk inti karipap, boleh refer di sini. Di bawah ni, inti sardin.

POCKET SANDWICHES





Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
Kepingan roti putih
Beberapa helaian kecil daun salad

Bahan-bahan inti:
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang merah - dihiris
1 keping kecil halia - dihiris
1 senduk cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
1 tin sardin

Bahan-bahan batter:
1 senduk tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Inti:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan sardin dan satu tin sardin air.
  4. Setelah mendidih, masukkan asam gelugur dan sos tiram.
  5. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
  6. Sejukkan sepenuhnya dan lecekkan menggunakan garpu. Ketepikan.
Batter:
Satukan kesemua bahan dan pukul sebati dengan whisk. Ketepikan.

Sandwich:
  1. Ambil sekeping roti, leperkan menggunakan rolling pin.
  2. Susun daun salad, dan sudukan 1 sudu besar inti sardin.
  3. Lipat dua (kalau rajin boleh lekatkan dengan putih telur).
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, dan celupkan sandwich ke dalam batter rata-rata.
  5. Toskan dan letakkan ke dalam kuali. Balik-balikkan hingga menjadi kuning keemasan.
  6. Setelah masak, angkat dan toskan minyaknya. Potong kepada dua bahagian menggunakan gunting.
  7. Buat sehingga habis.
Nota:
Baki batter jangan dibuang, boleh digunakan untuk membuat pocket sandwich yang lain atau jadikan batter untuk cucur udang. Simpan di fridge.

Telur Rebus Masak Merah

Telur Rebus Masak Merah

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:

5 biji telur - direbus dengan sedikit garam, dikupas kulitnya
1 pokok daun ketumbar - dipotong kasar
1/2 biji bawang kuning - dihiris bulat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula perang

Bahan-bahan dikisar halus:

1 genggam cili kering - dibuang biji dan direndam dalam air panas/direbus
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:
  1. Panaskan 3 sudu besar minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan gula perang, sos tiram dan sos cili Thai. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air, kacau rata, kemudian masukkan daun ketumbar dan bawang kuning.
  3. Kemudian, masukkan telur rebus, masak sehingga kuah memekat, perasakan dan tutup api.

Ayam Goreng Kunyit Bersayur

Ayam Goreng Kunyit Bersayur

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:

2 ketul besar isi ayam - dipotong dadu
3 biji cili padi - dibelah dua tanpa putus
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar
3 pokok pak choy - dibuang bahagian hujung, dibersihkan
1/2 biji bawang kuning - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
1/2 batang lobak merah - dibuang kulit, dihiris bulat
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan dibancuh bersama (batter):

2 sudu besar tepung rangup (dalam kotak)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji telur
1 sudu teh Italian Mixed Herbs (dalam botol)
Air secukupnya (untuk bancuhan sederhana pekat, jangan terlalu cair)

Cara-cara:

  1. Masukkan isi ayam ke dalam batter, gaul rata, perap dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak, masukkan isi ayam satu persatu (untuk elakkan melekat), dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  3. Tinggalkan dalam 1 sudu besar baki minyak menggoreng, tumis bawang putih, bawang kuning dan cili padi hingga layu.
  4. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan pak choy. Gaul rata, masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Kacau rata dan angkat.

Roti Goreng

Roti Goreng

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:

5 keping roti Gardenia - dipotong empat
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dibancuh bersama (batter):

3 sudu besar tepung rangup (dalam kotak)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji telur
1 sudu teh Italian Mixed Herbs (dalam botol)
Air secukupnya (untuk bancuhan sederhana pekat, jangan terlalu cair)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, celupkan kepingan roti ke dalam batter.
  2. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
  3. Sedap dicicah dengan sos cili.


2nd attempt

Atas permintaan Qayyum, maka mamanya pun buat la sekali lagi kuih ni untuk teatime hari ni. Alhamdulillah, even Rayyan pun makan 3 ketul, satu pencapaian tu. Qayyum err......tak sempat pulak nak kira, tengok-tengok 10 ketul saiz kuih lompang tu dah settle. Ada lagi sebenarmya, tapi biar dulu, hidang banyak-banyak nanti confirm ada yang buat playdoh pulak.

Resepi asal dari Yatie Memories. Pn Yatie guna perisa pandan, Mrs K saja ubah ke perisa pisang walaupun colournya hijau. Ok je, ekceli nak guna perisa apa pun takpe.

Di bawah ni resepi olahan Mrs K. Kalau nak yang original, boleh la ke blog Yatie Memories, k.

Kuih Lapis Pisang dan Coklat

Sumber: Yatie Memories
Olahan: mrskojiwami





Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan B:
1 1/4 cawan gula halus
1 helai daun pandan - disimpul
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair

Bahan-bahan C:
3 sudu besar serbuk koko*
4 sudu besar air suam*
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perisa pisang

Cara-cara:

  1. Mula-mula, satukan bahan-bahan B dan masak di atas api kecil hingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Sementara itu, satukan kesemua bahan-bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
  3. Panaskan pengukus, sediakan loyang. Mrs K just guna acuan kuih lompang dan trifle ayu, dan 1 biji acuan silikon bersaiz kecil. Balut penutup pengukus dengan kain bersih, Mrs K guna aluminium foil.
  4. Setelah air mendidih, masukkan acuan ke dalam pengukus dan panaskan seketika.
  5. Setelah adunan B suam, tuangkan ke dalam adunan A. Kacau rata.
  6. Sediakan 2 biji bekas berasingan dan tapis adunan A + B sama rata ke dalam kedua-dua bekas itu.
  7. Satukan bahan bertanda *.
  8. Satu bekas dicampur dengan campuran serbuk koko dan satu bekas lagi dicampur dengan pewarna hijau dan perisa pisang.
  9. Tuangkan 1 sudu besar adunan hijau ke dalam acuan lompang, dan 2 senduk sup adunan hijau ke dalam acuan silikon.
  10. Tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit.
  11. Tuangkan pula 1 sudu besar adunan coklat ke dalam acuan lompang dan 2 senduk sup adunan coklat ke dalam acuan silikon.
  12. Tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit.
  13. Ulang kedua-dua proses 9-12 sehingga habis berselang-seli.
  14. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
  15. Sejukkan sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan menggunakan lidi sate yang nipis (sebenarnya kalau guna loyang 8 x 8 inci macam Pn Yatie, tuang sedikit minyak dan lapik dengan plastik bersih supaya kuih senang dikeluarkan. Tapi acuan Mrs K kecik sangat, so tak sapu apa-apa, agak susah juga nak keluarkan dari acuan lompang, maybe lain kali kena sapu minyak nipis-nipis dalam acuan. Tapi untuk acuan silikon takde masalah.)




Nota:
Kuih ni sedap, rasa manis dia sedang-sedang aje. Gabungan rasa pandan/pisang dengan coklat memang ngam la untuk sesiapa yang suka rasa coklat tu, macam Qayyum, dia kan peminat coklat.

Sunday treat ~ 8 September 2013

Hari ni Mrs K agak rajin terlebih. Untuk breakfast tak masak, sebab kuih lapis semalam masih ada baki. Tapi Haqimie requested maggi pulak. So buat la sebungkus untuk dia, maggi kosong je pun. Mrs K terus je keluarkan daging, rendam dulu. Beli daging frozen, harap-harap tak liat macam hari tu. Dah la kengkadang skill memotong daging ke laut. Pastu sediakan bahan-bahan lain. Plan hari ni nak masak nasi jagung, rendang daging, ayam goreng berempah, air tembikai (balance tembikai tak habis, baik buat jus).

So, first thing first. Memula, sediakan bahan nak masak nasi. Jagung ada setongkol lagi, balance buat cucur jagung hari tu. Resepi ikut suka, main campak aje. Rendang daging tu pulak, resepi dari rendang ayam. Ayam goreng berempah pun resepi suka hati. Sayur tak de, sebab takde sayur yang sesuai. Anyway, jagung pun category fruit vegetable kan, so kira ada la sayur jugak kat situ :).

Nasi Jagung

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
4 pot beras basmathi - dibasuh bersih dan direndam lebih kurang 1 jam, toskan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - bahagian putih sahaja, diketuk
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan mentega
1 1/2 sudu besar minyak masak
1 tongkol jagung - diambil isinya
3 pokok daun ketumbar (dengan akar) - dibasuh bersih dan dicincang kasar
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil garam halus
4 pot air
1/2 cawan susu cair
1 biji bawang besar - didadu
6 ulas bawang putih - dicincang

Cara-cara:
  1. Panaskan periuk nasi, masukkan mentega dan minyak masak. Setelah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang layu dan kekuningan.
  3. Masukkan beras, gaul rata supaya bersalut dengan bahan tumis. Kemudian, masukkan jagung dan daun ketumbar. Gaul rata, masukkan air, Maggi Cukup Rasa dan garam. Masak nasi seperti biasa.
  4. Lebih kurang 15 minit sebelum nasi masak, masukkan susu cair, gaul rata. Biarkan nasi masak sepenuhnya. Kaup balikkan setelah nasi masak.


Nota:
  • Beras basmathi boleh digantikan dengan beras biasa, atau 2 pot beras basmathi dan 2 pot beras biasa.
  • Tujuan merendam beras basmathi adalah untuk memanjangkan saiznya, supaya nasi yang masak nanti lebih cantik.
  • Tujuan menggoreng beras terlebih dahulu bersama rencah tumis adalah untuk menjadikannya berderai dan tidak melekat.
  • Susu cair bertindak sebagai pelembut nasi, tak nak guna pun tak apa.


Rendang Pedas Daging

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
700 g daging lembu - dihiris nipis, dibasuh, ditoskan airnya
10 biji bawang kecil - dihiris nipis
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang serai - bahagian putih, dihiris nipis
2 helai daun kunyit - digulung, dihiris nipis
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1 kotak santan
1/2 kotak santan + air
1/2 keping kecil gula Melaka
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:
20 tangkai cili kering - dipotong kecil, dibuang biji, direbus, toskan
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai - bahagian putih, dihiris
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi

Cara-cara:





  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan gula Melaka dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biarkan sebentar hingga keluar air daging.
  3. Masukkan bahan-bahan dihiris nipis, daun limau purut, asam keping, kerisik dan santan (dua-dua). Renihkan di atas api sederhana, kacau sekali-sekala untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
  4. Setelah kuah agak pekat, masukkan garam, kalau dah cukup masam, boleh keluarkan asam keping. Perisakan secukupnya.
  5. Kepekatan kuah bergantung pada masing-masing.

Nota:
  • Hasil eksperimen Mrs K, penggunaan gula Melaka dalam masakan rendang lagi sedap dari menggunakan gula pasir atau gula perang, tapi tak boleh banyak, dalam 1/2 keping kecil je.
  • Dari blog Pn Aziejaya, hirisan bawang merah dan bawang putih yang banyak menyedapkan lagi rendang. True!
  • Kalau tak suka daun limau purut, boleh omit je.


Ayam Goreng Berempah

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
7 ketul ayam - dibasuh bersih, ditoskan

Bahan-bahan perap:
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
4 biji bawang merah - dihiris nipis
1/2 batang serai - bahagian putih, diketuk dan diceraikan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk cili
1/2 paket kecil rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung rangup (kotak)
Air secukup (untuk bancuhan separuh pekat)
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Bancuh bahan-bahan perap. Masukkan ayam dan gaul rata.
  2. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan magic pan, bubuh sedikit minyak masak. Masukkan ayam dan tutup pan, masak di atas api sederhana.
  4. Lebih kurang 10 minit, buka pan dan balikkan ayam. Buat satu ruang, goreng bahan-bahan perap hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  5. Setelah ayam masak sepenuhnya, angkat dan toskan minyak.


Nota:
  • Walaupun resepi main campak je, tapi bau memang harum. Rasa pon ok, cuma hasil perapan tu tak berapa nak garing. Mungkin kena goreng dalam kuali biasa kot.


Blended Watermelon Juice

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
1/2 biji tembikai - dipotong kecil dan dibuang biji dan kulit
6 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu cair
Ais secukupnya
Air masak secukupnya

Cara-cara:
  1. Blend semua bahan (make sure blender tu boleh blend ais ya).
  2. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.