Sup Sawi dan Ayam
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 ketul ayam bahagian daging – dihiris nipis
5 pokok sawi bunga (baby) – dibasuh bersih
2 biji bawang merah – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
1/2 sudu besar minyak
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Kacau rata hingga ayam bertukar warna kepada putih.
- Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
- Kemudian, masukkan sawi, kacau rata, masukkan garam dan didihkan sekali lagi.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment