Monday, August 11, 2014

14 Syawal [10 August 2014] Sunday ~ Dinner

Since all the food served for lunch has finished totally and my BIL and his son still in our house, so I cooked for dinner. The day before, when we were out, I bought a bundle of ketupat palas (RM8.00 for 5 pieces, phewww) and 1 container of rendang daging (RM10 per container, and it contained a lot of serdak rather than the beef, another phewwww). I can get rich quickly enough if I were to do like this seller, who stationed somewhere in Kerinchi. The ketupat palas was ok, but I preferred the ones that I bought in Jalan Masjid India last Ramadhan and it was cheaper too. As for the rendang, besides the fact it was full with serdak, I think my rendang taste better.

So, last night, I decided to cook some yellow glutinous rice, beef rendang and boiled eggs sambal tumis.

Pulut Kuning Tanak


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping

Basuh beras pulut hingga jernih airnya dan rendam kesemua bahan sekurang-kurangnya selama 2 jam. Toskan airnya. Buang asam keping.

Bahan-bahan lain:
1/4 cawan pati santan
3/4 sudu besar garam
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk nasi dan masukkan air hingga menutupi beras pulut sahaja, jangan terlalu banyak nanti pulut akan menjadi terlalu lembik.
  2. Masak seperti biasa, 10 minit sebelum tamat masa memasak, gembur-gemburkan dan teruskan memasak sehingga tamat.
  3. Sedia dihidangkan.

Rendang Daging


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang – dihiris nipis
1 biji kentang (jika suka) – dipotong dadu
1 helai daun kunyit – dihiris nipis
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan air
3/4 cawan pati santan
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji kunyit hidup
3 batang serai – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan kentang, gaul rata dan masak sehingga air daging keluar.
  3. Masukkan pula kerisik, air, daun kunyit, asam keping dan santan. Gaul rata dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sambil dikacau sekali-sekala untuk mengelakkan hangit.
  4. Setelah agak pekat, masukkan garam secukup rasa, kacau rata beberapa minit dan tutup api. Sekiranya lebih suka kering, panjangkan masa memasak hingga rendang agak kering.
  5. Sedia dihidangkan.

Sambal Telur Rebus


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
6 biji telur – direbus (tambah 1 sudu besar garam), dikupas
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
3 senduk cili kisar (cili kisar + bawang besar + bawang putih)
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih dan masukkan gula merah. Tumis lagi beberapa minit.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan telur rebus dan masak beberapa minit.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments: