Friday, August 22, 2014

Dinner 21/8/14 (Thursday)

Butter Chicken

Sumber: Hana Memories


Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam tanpa kulit/berkulit – dipotong dadu
2 – 3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar air
5 ulas bawang putih – dicincang
2 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
5 biji cili padi – dihiris nipis
1/4 buku mentega
1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan tepung jagung dan 1 sudu besar air hingga bersalut rata. Goreng hingga kekuning-kuningan, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali, masukkan pula mentega dan panaskan di atas api kecil hingga cair.
  3. Setelah cair, tumis bawang putih hingga harum dan keperangan. Kemudian, masukkan cili padi dan daun kari, tumis sebentar.
  4. Masukkan pula susu cair dan air. Kacau selalu hingga sedikit mendidih. Masukkan ayam yang digoreng dan Maggi Cukup Rasa.
  5. Gaul rata hingga bersalut dan kuah sedikit pekat. Tutup api.


Sotong Masak Pedas

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 ekor sotong – dipotong bulat setebal 4 cm
1/2 biji bawang Bombay – dipotong bulat
4 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu kecil gula merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
3/4 senduk minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit mendidih. Masukkan gula merah dan tumis lagi sehingga nampak berkilat.
  2. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Tumis lagi hingga pekat dan masukkan sotong dan bawang Bombay. Gaul rata sebentar, jika terlalu pekat, tambahkan air.
  3. Setelah hampir mendidih, masukkan garam dan kacau rata beberapa minit dan tutup api.

No comments: