Thursday, August 28, 2014

Dinner Wednesday 27/8/14

Sambal Tempoyak Daun

Sumber: CMG, Dr. Raihana

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 tangkai pucuk ubi – diambil daunnya sahaja, dihiris halus
2 helai daun kunyit – dihiris halus
1/2 cawan petai yang dikupas
1/2 mangkuk terung pipit – dibuang tampuknya
10 ekor udang – dikupas kulit dan dibuang kepala
1/4 cawan ikan bilis yang dikupas – dibasuh bersih
1 peket kecil pati santan
1/2 cawan air
4 sudu besar tempoyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk/dikisar halus:
1 ruas kunyit hidup – dikupas
1/2 biji bawang besar – dipotong kecil
10 biji cili padi – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Di dalam periuk, satukan santan, air, tempoyak dan bahan tumbuk. Kacau rata dan jerang di atas api sederhana.
  2. Setelah berwap, masukkan petai dan terung pipit. Kacau rata, masak hingga separuh empuk. Masukkan hirisan daun, udang, ikan bilis dan garam.
  3. Masak sehingga kuah agak pekat sambil dikacau sekali-sekala. Setelah nampak pekat, tutup api. Sedia dihidangkan.


Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru – dibelah belakang
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
3 helai daun kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk:
1 ruas kunyit hidup – dikupas
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
2 biji cili merah – dipotong kecil
1 inci belacan – dibakar
1 sudu kecil garam
1 batang serai – dihiris
1 peket (1 biji) kelapa parut putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam termasuk di dalam belahannya.
  2. Lapikkan daun kunyit di bahagian dalam belahan ikan.
  3. Sudukan bahan tumbuk ke dalam ikan, sumbat hingga padat.
  4. Goreng ikan garing, angkat dan toskan minyaknya. Berhati-hati semasa menggoreng supaya inti kelapa tidak terkeluar.

No comments: