Friday, August 29, 2014

Dinner Thursday 29/8/14

Ayam Kampung Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
6 ketul ayam kampung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap masin
1/2 cawan air
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak dan tumis cili kisar hingga garing. Masukkan sos tomato dan sos tiram, tumis lagi hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan kicap pekat dan masin. Kacau sebati dan masukkan air. Renihkan.
  4. Masukkan ayam goreng, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili merah. Gaul rata, tutup sebentar supaya mesra dan sedikit pekat.
  5. Tutup api.


Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Ikan Masin

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
7 tangkai pucuk ubi – diambil daunnya sahaja
3 kepingan ikan masin bertulang – dibasuh bersih
1 batang serai – dititik
1 keping asam keping
1 cawan santan cair
Garam (jika perlu)

Bahan-bahan ditumbuk:
1 ruas kunyit hidup – dikupas dan dipotong
4 biji cili padi – dipotong
1 biji bawang merah – dikupas dan dipotong

Cara-cara:
  1. Satukan santan cair, serai, asam keping, ikan masin dan bahan tumbuk di dalam periuk. Panaskan hingga nampak berwap.
  2. Masukkan pucuk ubi dan kacau perlahan supaya ikan masin tidak pecah.
  3. Kacau sentiasa hingga mendidih dan pucuk kelihatan sedikit layu dan tutup api.


Ayam Masak Cili Padi

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 ketul ayam
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan air
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus dengan sedikit air:
10 biji cili padi – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
1 ruas kunyit hidup
1 biji bawang besar – dipotong
6 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan sos tiram hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, asam keping dan air. Kacau rata, perlahankan api, tutup kuali supaya ayam cepat empuk. Balik-balikkan sekali-sekala.
  3. Setelah ayam sudah kecut dan kuah sedikit pekat, masukkan perasa. Kacau rata selama beberapa minit dan tutup api.

No comments: