Friday, August 29, 2014

Dinner Thursday 29/8/14

Ayam Kampung Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
6 ketul ayam kampung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap masin
1/2 cawan air
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak dan tumis cili kisar hingga garing. Masukkan sos tomato dan sos tiram, tumis lagi hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan kicap pekat dan masin. Kacau sebati dan masukkan air. Renihkan.
  4. Masukkan ayam goreng, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili merah. Gaul rata, tutup sebentar supaya mesra dan sedikit pekat.
  5. Tutup api.


Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Ikan Masin

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
7 tangkai pucuk ubi – diambil daunnya sahaja
3 kepingan ikan masin bertulang – dibasuh bersih
1 batang serai – dititik
1 keping asam keping
1 cawan santan cair
Garam (jika perlu)

Bahan-bahan ditumbuk:
1 ruas kunyit hidup – dikupas dan dipotong
4 biji cili padi – dipotong
1 biji bawang merah – dikupas dan dipotong

Cara-cara:
  1. Satukan santan cair, serai, asam keping, ikan masin dan bahan tumbuk di dalam periuk. Panaskan hingga nampak berwap.
  2. Masukkan pucuk ubi dan kacau perlahan supaya ikan masin tidak pecah.
  3. Kacau sentiasa hingga mendidih dan pucuk kelihatan sedikit layu dan tutup api.


Ayam Masak Cili Padi

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 ketul ayam
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan air
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus dengan sedikit air:
10 biji cili padi – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
1 ruas kunyit hidup
1 biji bawang besar – dipotong
6 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan sos tiram hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, asam keping dan air. Kacau rata, perlahankan api, tutup kuali supaya ayam cepat empuk. Balik-balikkan sekali-sekala.
  3. Setelah ayam sudah kecut dan kuah sedikit pekat, masukkan perasa. Kacau rata selama beberapa minit dan tutup api.

Thursday, August 28, 2014

Dinner Wednesday 27/8/14

Sambal Tempoyak Daun

Sumber: CMG, Dr. Raihana

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 tangkai pucuk ubi – diambil daunnya sahaja, dihiris halus
2 helai daun kunyit – dihiris halus
1/2 cawan petai yang dikupas
1/2 mangkuk terung pipit – dibuang tampuknya
10 ekor udang – dikupas kulit dan dibuang kepala
1/4 cawan ikan bilis yang dikupas – dibasuh bersih
1 peket kecil pati santan
1/2 cawan air
4 sudu besar tempoyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk/dikisar halus:
1 ruas kunyit hidup – dikupas
1/2 biji bawang besar – dipotong kecil
10 biji cili padi – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Di dalam periuk, satukan santan, air, tempoyak dan bahan tumbuk. Kacau rata dan jerang di atas api sederhana.
  2. Setelah berwap, masukkan petai dan terung pipit. Kacau rata, masak hingga separuh empuk. Masukkan hirisan daun, udang, ikan bilis dan garam.
  3. Masak sehingga kuah agak pekat sambil dikacau sekali-sekala. Setelah nampak pekat, tutup api. Sedia dihidangkan.


Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru – dibelah belakang
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
3 helai daun kunyit
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk:
1 ruas kunyit hidup – dikupas
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
2 biji cili merah – dipotong kecil
1 inci belacan – dibakar
1 sudu kecil garam
1 batang serai – dihiris
1 peket (1 biji) kelapa parut putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam termasuk di dalam belahannya.
  2. Lapikkan daun kunyit di bahagian dalam belahan ikan.
  3. Sudukan bahan tumbuk ke dalam ikan, sumbat hingga padat.
  4. Goreng ikan garing, angkat dan toskan minyaknya. Berhati-hati semasa menggoreng supaya inti kelapa tidak terkeluar.

Monday, August 25, 2014

Lunch 25/8/14 (Monday)

For mom.

Sambal Tumis Sotong Kembang

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor sotong kembang sederhana – dibelah 2, dihiris tebal
1/2 biji bawang Bombay – dihiris bulat
1 1/2 sudu kecil gula perang
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
1 keping asam gelugur
4 sudu besar minyak masak
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar sebentar, masukkan gula perang dan tumis hingga nampak berkilat.
  2. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan sotong, bawang Bombay, asam gelugur dan garam. Kacau rata hingga sotong sedikit kecut dan kuah sedikit pekat. Tutup api.

Pic from Google

Lunch 24/8/14 (Sunday)

Ikan Parang Masak Lemak Cili Padi

Sumber: Azie Kitchen

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
7 biji cili padi – dipotong kecil
1 biji cili merah – dipotong kecil
1 biji bawang merah – dipotong kecil
1 inci kunyit hidup – dipotong kecil

Bahan-bahan lain:
4 keping ikan parang
1 keping asam gelugur
5 biji belimbing buluh – dibuang tampuk dan dibelah 2
1 batang serai – dititik
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 cawan pati santan + 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan bahan tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugur di dalam periuk.
  2. Panaskan di atas api kecil hingga berwap.
  3. Masukkan ikan, belimbing buluh dan garam. Kacau perlahan-lahan sekali-sekala untuk mengelakkan santan pecah (berminyak).
  4. Setelah hampir mendidih (berwap), tutup api.

Pic from Google

Terung Sambal

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji terung panjang – dihiris bulat
1 sudu besar minyak
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 1/2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil
3 sudu besar udang kering – direndam sebentar, ditoskan

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali leper. Goreng terung hingga keperangan di kedua-dua belah. Angkat dan susun di dalam pinggan hidangan.
  2. Tambahkan minyak, tumis bahan tumbuk hingga layu, masukkan Maggi Cukup Rasa dan tumis hingga sedikit garing. Tuangkan ke atas terung.


Sambal Bilis Berapi

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis mata biru – dikupas, dibasuh bersih, ditoskan
2 keping lobak masin – direndam di dalam air panas
1 biji kentang – dibelah dua, dihiris nipis, direndam di dalam air bergaram
1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan ditumbuk halus:
10 biji cili padi hijau – dipotong kecil
5 biji cili padi merah – dipotong kecil
4 ulas bawang putih – dipotong kecil
7 biji bawang merah – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Goreng lobak masin hingga garing, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  3. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  4. Tinggalkan 2 sudu besar minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan garam dan gula merah. Tumis lagi hingga agak garing, masukkan bahan-bahan yang digoreng dan kacau rata hingga bersalut.
  5. Angkat dan masukkan ke dalam tapis, toskan minyak barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.
  6. Sesuai dimakan dengan nasi, roti atau mi segera.


Kek Batik Simple

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ketul mentega
1/2 cawan chocolate button
1/2 cawan parutan coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar Milo
3 sudu besar susu pekat manis
20 keping biskut gandum Jacob’s – dipatah 2

Cara-cara:
  1. Sediakan bekas tahan panas. Panaskan mentega di atas api kecil, ambil sedikit dan sapukan pada bekas tahan panas tadi.
  2. Setelah mentega cair, masukkan chocolate button, coklat masakan dan susu cair. Masak hingga cair kesemuanya. Kemudian, tuangkan serbuk koko dan Milo. Kacau rata hingga sebati dan tutup api.
  3. Susun separuh biskut di dasar bekas. Tuangkan separuh adunan coklat. Kemudian, susun separuh lagi biskut dan tuangkan separuh lagi adunan coklat.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga set baru dipotong segi empat.

Lunch 23/8/14 (Saturday)

Nasi Serai

Sumber: Azlita Aziz

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi – direndam 2 jam, ditoskan airnya
5 1/4 cawan air rebusan ayam
1/2 ketul mentega
2 helai daun pandan – disimpul
5 batang serai – dititik
1 biji bawang Bombay – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – dicincang
3 hirisan halia
3 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar susu cair
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
2 sudu besar bawang goreng

Cara-cara:
  1. Sediakan air rebusan ayam.
  2. Untuk memasak nasi, panaskan mentega di dalam rice cooker. Setelah cair, tumis daun pandan dan serai seketika.
  3. Kemudian, masukkan bawang Bombay dan bawang putih. Tumis, tutup periuk dan biarkan bawang layu dan kekuningan.
  4. Masukkan beras dan gaul rata hingga bersalut. Tuangkan air rebusan ayam, tambahkan Maggi Cukup Rasa dan kacau. Tutup rice cooker dan masak seperti biasa.
  5. Setelah nasi hampir kering, tuangkan susu cair. Kacau rata dan tutup semula.
  6. Lima minit sebelum nasi masak, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata dan tutup hingga nasi masak sepenuhnya.


Ayam Masak Sambal

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ketul ayam
6 1/2 cawan air
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
4 senduk cili kisar (cili kering + bawang merah + bawang putih)
1 batang serai – dititik
1 1/2 sudu kecil gula merah
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1/2 biji bawang Bombay – dihiris bulat
3 tangkai daun ketumbar – dihiris kasar

Cara-cara:
  1. Rebus ayam hingga mendidih. Tutup api. Simpan 5 1/4 cawn air rebusan untuk memasak nasi. Ketepikan.
  2. Toskan ayam, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
  3. Tinggalkan 2 senduk minyak, tumis cili kisar dan serai hingga wangi. Masukkan gula merah dan tumis hingga nampak berkilat.
  4. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air, kacau rata hingga mendidih.
  6. Masukkan ayam, asam gelugur dan bawang Bombay. Gaul rata hingga mesra dan masukkan garam.
  7. Kacau rata hingga sedikit pekat dan tutup api.


Sup Ayam Kosong

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
Baki air rebusan ayam
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
3 tangkai daun sup – dipotong 4 cm
1 sudu besar bawang goreng

Cara-cara:
  1. Panaskan air rebusan, setelah mendidih, masukkan Maggi Cukup Rasa dan didihkan sekali lagi.
  2. Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk hidangan. Taburkan daun sup dan bawang goreng.


Salad Timun

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 batang timun Jepun (besar) – dihiris bulat (kasar)
5 biji tomato ceri – dibelah 2
1/4 biji bawang besar – dihiris nipis
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap masin

Cara-cara:
  1. Susun timun, tomato ceri dan bawang besar di dalam piring.
  2. Tuangkan sos cili dan kicap masin.

Friday, August 22, 2014

Dinner 21/8/14 (Thursday)

Butter Chicken

Sumber: Hana Memories


Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam tanpa kulit/berkulit – dipotong dadu
2 – 3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar air
5 ulas bawang putih – dicincang
2 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
5 biji cili padi – dihiris nipis
1/4 buku mentega
1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan tepung jagung dan 1 sudu besar air hingga bersalut rata. Goreng hingga kekuning-kuningan, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali, masukkan pula mentega dan panaskan di atas api kecil hingga cair.
  3. Setelah cair, tumis bawang putih hingga harum dan keperangan. Kemudian, masukkan cili padi dan daun kari, tumis sebentar.
  4. Masukkan pula susu cair dan air. Kacau selalu hingga sedikit mendidih. Masukkan ayam yang digoreng dan Maggi Cukup Rasa.
  5. Gaul rata hingga bersalut dan kuah sedikit pekat. Tutup api.


Sotong Masak Pedas

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 ekor sotong – dipotong bulat setebal 4 cm
1/2 biji bawang Bombay – dipotong bulat
4 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu kecil gula merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
3/4 senduk minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit mendidih. Masukkan gula merah dan tumis lagi sehingga nampak berkilat.
  2. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Tumis lagi hingga pekat dan masukkan sotong dan bawang Bombay. Gaul rata sebentar, jika terlalu pekat, tambahkan air.
  3. Setelah hampir mendidih, masukkan garam dan kacau rata beberapa minit dan tutup api.

Thursday, August 21, 2014

Lunch 21/8/14 (Thursday)

Ikan Masak Cuka

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerisi – dikelar
1 ekor ikan kembung – dikelar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng ikan
1 biji cili hijau – dibelah 2 tanpa putus
1 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar cuka putih
1 sudu kecil halba campur
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 keping hirisan halia – dihiris nipis
1 1/2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Sementara itu, lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 1 1/2 sudu besar minyak, tumis halba campur hingga harum. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga layu dan sedikit garing.
  3. Masukkan air, didihkan kemudian masukkan cuka. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, Maggi Cukup Ras dan cili hijau.
  4. Setelah mendidih, tutup api.


Sawi Udang Geragau

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
12 pokok sawi kecil (baby mustard leaves) – dibasuh bersih
1/4 cawan udang geragau kering – dibasuh bersih, ditoskan
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng udang geragau hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Gunakan baki minyak, tumis pula bawang merah dan bawang putih hingga layu dan keperangan.
  3. Masukkan sos tiram, tumis sebentar dan masukkan air. Tumis lagi dan masukkan sawi dan air.
  4. Kacau rata hingga separuh layu dan tutup api.
  5. Letakkan sawi di dalam pinggan dan taburkan udang geragau goreng.
  6. Sedia dihidangkan.

Dinner 20/8/14 (Wednesday)

Ikan Bawal Masak Lemak Cili Padi

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal sederhana – dipotong 4
8 biji belimbing buluh – dipotong hujung kedua-dua belah
1 batang serai – dititik
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 paket pati santan
1/2 cawan air

Bahan-bahan ditumbuk separa lumat:
1/2 biji cili merah – dipotong
10 biji cili padi hijau – dipotong
1 ketul kecil kunyit hidup – dipotong
1 biji bawang merah – dipotong

Cara-cara:
  1. Sediakan periuk. Masukkan bahan tumbuk, air, santan, serai dan daun kunyit. Jerang di atas api kecil hingga panas (bukan mendidih).
  2. Masukkan ikan dan belimbing buluh. Masak di atas api perlahan sambil dikacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan pecah (terasing).
  3. Setelah sedikit mendidih, masukkan Maggi Cukup Rasa dan garam. Masak hingga mendidih, kacau sekali-sekala hingga belimbing buluh dan ikan cukup masak.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Sambal Tempoyak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji cili merah – dipotong
3 biji cili padi hijau – dipotong
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar tempoyak manis
1 sudu besar tempoyak masam

Cara-cara:
  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan garam hingga separuh lumat.
  2. Gaulkan dengan tempoyak manis dan masam hingga mesra.
  3. Letakkan di dalam mangkuk hidangan.


Kacang Buncis dan Petai Tumis Kicap

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 tangkai kacang buncis – dibuang urat dan dipotong serong 4 cm
1/2 cawan petai yang dikupas
4 biji tomato ceri – dibelah 2
1/4 cawan ikan bilis yang dikupas – dibasuh dan ditoskan
1 sudu besar kicap masin
1/4 biji bawang Bombay – didadu
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang Bombay dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan kicap dan tumis sebentar.
  4. Masukkan kacang buncis dan petai. Tumis 2 – 3 minit, tambahkan air. Tumis lagi dan masukkan pula tomato ceri. Tumis selama 1 minit dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Wednesday, August 20, 2014

Lunch 20/8/14 (Wednesday)

For mom at home.

Telur Goreng Berkuah Kicap


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 biji telur – digoreng mata dan disusun di atas pinggan
1 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang Bombay – didadu, dibahagi 2
1 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1/2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1/4 cawan air
2 biji tomato ceri – dibelah 4
5 biji cili padi

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis separuh bawang Bombay hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar, diikuti dengan sos tomato, sos tiram dan kicap. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan tomato ceri, cili padi dan baki bawang Bombay. Kacau.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan ke atas telur goreng tadi.
  5. Sedia dihidangkan.

Dinner 19/8/14 (Tuesday)

Tomyam Simple


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 mangkuk campuran kaki dan leher ayam
1 batang serai – diketuk
1 pokok daun ketumbar – dihiris kecil
1/4 biji bawang besar – dihiris kasar
6 biji tomato ceri – dibelah 2
5 sudu besar pes tomyam (beli di Padang Besar – serius sedap dah la beli 1 botol je huhu)
3 biji cili padi
2 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Rebus kaki dan leher ayam hingga empuk.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan rebus lagi selama 15 minit.
  3. Sedia dihidangkan.


Daging Masak Lada Hitam


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
300 g daging batang pinang – direbus dan dibuang airnya
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar dan dibahagi 2
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
1/2 pokok brokoli – dipotong
1/4 biji capsicum merah – dipotong lebar
1/4 biji capsicum hijau – dipotong lebar
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Daging yang direbus dihiris ikut suka. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan separuh bawang besar hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar diikuti dengan sos tomato, sos cili, sos tiram dan serbuk lada hitam. Kacau rata sebentar.
  4. Setelah agak pekat dan terbit sedikit minyak, masukkan daging dan kacau hingga daging kecut (keluar airnya).
  5. Masukkan pula air dan didihkan.
  6. Setelah mendidih, masukkan brokoli, capsicum merah dan hijau dan baki bawang besar. Kacau rata hingga brokoli 1/2 masak.
  7. Kemudian, masukkan tepung jagung dan perasa. Gaul rata, agak-agak brokoli 3/4 masak dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

Tuesday, August 19, 2014

Lunch 18/8/14 (Tuesday)

Sambal Tumis Sotong Kering

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor sotong kering saiz sederhana – direndam semalaman
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu teh gula merah
1/4 cawan air
4 sudu besar minyak
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Toskan sotong. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih dan masukkan gula merah. Tumis lagi hingga nampak berkilat.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air dan kacau. Setelah mendidih, masukkan sotong kering, bawang besar dan asam keping. Kacau rata selama 5-8 minit.
  5. Masukkan garam dan kacau rata selama 2 minit.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Gulai Taucu Ikan Tongkol


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 ketul ikan tongkol – dibersihkan
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1/2 biji timun Jepun (dengan kulit) – dibelah 4
1 biji cili merah – dibelah 2 tidak putus
1 biji cili hijau – dibelah 2 tidak putus
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
1 peket taucu (biji)
1/2 sudu besar kicap Tamin
1 sudu besar minyak (untuk menumis)
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Sementara itu, lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Setelah minyak panas, goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk menumis di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing dan wangi.
  3. Masukkan taucu dan kacau sebentar. Kemudian, masukkan kicap dan tumis lagi sebentar.
  4. Masukkan air dan kacau. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, bawang besar, timun, cili merah dan hijau.
  5. Setelah mendidih, masukkan garam. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.

Monday, August 18, 2014

Dinner 17.8.14 (Sunday)

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis mata biru jenis besar – dikupas dan dibersihkan
1/2 cawan petai yang dikupas
1 biji bawang besar – dihiris kasar
4 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu teh gula merah
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam keping
Minyak masak
Garam secukup rasa
Air

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 cawan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 5 sudu besar minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih, masukkan gula merah. Tumis lagi hingga nampak berkilat.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga pekat dan terbit minyak.
  4. Masukkan 1/2 cawan air, bawang besar, asam keping dan petai. Kacau rata, biarkan mendidih dan pekat.
  5. Masukkan ikan bilis dan garam. Kacau rata beberapa minit dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Thursday, August 14, 2014

Lunch 14.8.14 (Thursday)

1/2 day today coz Rayyan is having a mild fever but he's very active indeed.

Sambal Tumis Telur Rebus

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 biji telur – dibasuh bersih dan direbus dengan 1 sudu besar garam hingga masak, ditoskan air dan dikupas kulitnya
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula merah
4 sudu besar minyak
1 keping asam keping
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga wangi dan masukkan gula merah. Tumis lagi hingga nampak berkilat dan masukkan pula sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  2. Masukkan air dan asam keping. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Kemudian, masukkan garam.
  3. Masukkan telur dan kacau beberapa minit kemudian tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.


Sambal Tumis Kering Ikan Bilis


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 cawan ikan bilis yang dikupas – dibasuh dan ditoskan
3 keping tempe dalam daun pisang – dihiris nipis
1 biji kentang – dihiris bulat nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 biji bawang besar – dihiris nipis
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu teh gula merah
1 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 senduk minyak. Goreng bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gorengkan pula bawang besar hingga layu dan keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Goreng tempe hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Goreng kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  6. Tinggalkan 2 sudu besar minyak. Tumis cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan gula merah dan tumis lagi hingga garing.
  7. Masukkan air asam jawa dan garam dan tumis lagi hingga pekat.
  8. Masukkan kesemua bahan yang telah digoreng dan gaul rata hingga bersalut kesemuanya.
  9. Tutup api dan sedia dihidangkan.



Dinner 13.8.14 (Wednesday)

Kari Ayam Kampung

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
8 ketul ayam kampung
1 biji kentang – dipotong dadu
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari – dilurutkan
1 1/2 paket serbuk kari daging Baba’s
1/4 paket serbuk cili Baba’s
1 sudu besar kerisik
4 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
1/2 kotak santan + 1/2 cawan air (dijadikan santan cair)
1/4 kotak santan
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit air (dalam 1/4 cawan) – jika perlu
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan serbuk kari, serbuk cili, kerisik, daun kari dan air untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam periuk, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  3. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga terbit minyak dan agak garing.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata dan biarkan seketika hingga ayam sedikit kecut.
  5. Masukkan santan cair, gaul rata dan tutup periuk. Pastikan api sederhana. Kacau sekali-sekala hingga kentang empuk.
  6. Kemudian, masukkan santan, kacau rata. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata.
  7. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.


Brokoli Tumis Sos Tiram

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1/2 pokok brokoli – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar minyak
1/4 cawan air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis lagi.
  3. Masukkan brokoli dan air. Renihkan hingga 3/4 masak. Tutup api dan sedia dihidangkan. Tidak perlu garam.

Sambal Belacan

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji cili merah – dipotong kecil
10 biji cili padi hijau – dipotong 2
10 biji cili padi merah – dipotong 2
1 inci belacan – dibakar
1/2 sudu teh gula merah
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan air asam jawa pekat

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan di dalam blender dan kisar hingga halus. Tuang ke dalam mangkuk hidangan.

Lunch 13.8.14 (Wednesday)

For mom.

Sup Sawi dan Ayam


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ketul ayam bahagian daging – dihiris nipis
5 pokok sawi bunga (baby) – dibasuh bersih
2 biji bawang merah – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
1/2 sudu besar minyak
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3/4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Kacau rata hingga ayam bertukar warna kepada putih.
  3. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan sawi, kacau rata, masukkan garam dan didihkan sekali lagi.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Dinner 12.8.14 (Tuesday)

Ikan Kerisi Masak Berlada

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi – disiang dan dikelar
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar/ditumbuk kasar:
1 biji cili merah – dipotong kecil
20 biji cili padi hijau
2 biji bawang besar – dipotong kecil
5 ulas bawang putih – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Goreng hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak. Tumis pula bahan-bahan yang dikisar. Masukkan juga asam keping. Kacau sekali-sekala hingga terbit minyak dan layu.
  3. Masukkan garam, kacau rata dan tutup api.
  4. Sudukan ke atas ikan goreng tadi. Sedia dihidangkan.


Sup Ketam


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ketam (saiz besar) – dibuang cengkerang dan dibelah 2, buang insangnya
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 batang serai – diketuk
1 biji bawang merah – dihiris
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa/Garam secukup rasa
1 1/2 cawan air

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan jerang di atas api sederhana. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.

Tuesday, August 12, 2014

Tak ingat bila

Gulai Lemak Udang Galah dan Nanas


Sumber: mrskojiwami





Bahan-bahan:
1/2 kg udang galah – dibuang muncung dan janggut
1/2 biji nanas – dikupas, dibuang mata, dipotong ikut suka
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – dicarik
1 keping asam keping
1/2 paket pati santan + 1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah – dipotong kecil
10 biji cili padi – dipotong kecil
2 ketul kunyit hidup – dipotong kecil
1 biji bawang merah – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Tuangkan pati santan + air ke dalam periuk. Tambahkan bahan tumbuk, asam keping, serai dan daun kunyit. Kacau rata.
  2. Panaskan di atas api perlahan, kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah hingga berwap.
  3. Masukkan udang dan nanas. Kacau perlahan-lahan sekali sekala hingga mendidih, perlahankan api.
  4. Masukkan garam dan kacau beberapa minit dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Lunch 12.8.14 (Tuesday)

For mom.

Gulai Tempoyak Ikan Kembung


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung – dipotong 2
1/4 biji timun Jepun – dibelah 4 memanjang
1 batang serai – diketuk
1 tangkai daun kesum
1 keping asam keping
2 sudu besar tempoyak
1 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
1/2 biji cili merah
1 biji bawang merah
1 ketul kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Tuang air ke dalam periuk dan masukkan tempoyak. Ramas hingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan kesemua bahan lain kecuali garam dan renihkan di atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan garam dan didihkan sekali lagi.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Monday, August 11, 2014

14 Syawal [10 August 2014] Sunday ~ Breakfast

Cucur Ikan Bilis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 pokok daun kucai – dipotong 2 cm panjang
1 biji bawang besar – dihiris nipis
1 biji cili merah – dihiris nipis
1 genggam ikan bilis mata biru – dibasuh bersih
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
2 sudu besar pes kuah pecal segera – ditambah 3 sudu besar air panas – untuk cicahan

Cara-cara:

  1. Gaulkan kesemua bahan kecuali minyak dan pes kuah pecal.
  2. Panaskan minyak, jemput-jemputkan ke dalam minyak dan goreng hingga kekuning-kuningan.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Buat sehingga habis.
  5. Sedia dihidangkan dengan kuah pecal segera.

14 Syawal [10 August 2014] Sunday ~ Dinner

Since all the food served for lunch has finished totally and my BIL and his son still in our house, so I cooked for dinner. The day before, when we were out, I bought a bundle of ketupat palas (RM8.00 for 5 pieces, phewww) and 1 container of rendang daging (RM10 per container, and it contained a lot of serdak rather than the beef, another phewwww). I can get rich quickly enough if I were to do like this seller, who stationed somewhere in Kerinchi. The ketupat palas was ok, but I preferred the ones that I bought in Jalan Masjid India last Ramadhan and it was cheaper too. As for the rendang, besides the fact it was full with serdak, I think my rendang taste better.

So, last night, I decided to cook some yellow glutinous rice, beef rendang and boiled eggs sambal tumis.

Pulut Kuning Tanak


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping

Basuh beras pulut hingga jernih airnya dan rendam kesemua bahan sekurang-kurangnya selama 2 jam. Toskan airnya. Buang asam keping.

Bahan-bahan lain:
1/4 cawan pati santan
3/4 sudu besar garam
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk nasi dan masukkan air hingga menutupi beras pulut sahaja, jangan terlalu banyak nanti pulut akan menjadi terlalu lembik.
  2. Masak seperti biasa, 10 minit sebelum tamat masa memasak, gembur-gemburkan dan teruskan memasak sehingga tamat.
  3. Sedia dihidangkan.

Rendang Daging


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang – dihiris nipis
1 biji kentang (jika suka) – dipotong dadu
1 helai daun kunyit – dihiris nipis
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan air
3/4 cawan pati santan
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji kunyit hidup
3 batang serai – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan kentang, gaul rata dan masak sehingga air daging keluar.
  3. Masukkan pula kerisik, air, daun kunyit, asam keping dan santan. Gaul rata dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sambil dikacau sekali-sekala untuk mengelakkan hangit.
  4. Setelah agak pekat, masukkan garam secukup rasa, kacau rata beberapa minit dan tutup api. Sekiranya lebih suka kering, panjangkan masa memasak hingga rendang agak kering.
  5. Sedia dihidangkan.

Sambal Telur Rebus


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
6 biji telur – direbus (tambah 1 sudu besar garam), dikupas
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
3 senduk cili kisar (cili kisar + bawang besar + bawang putih)
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih dan masukkan gula merah. Tumis lagi beberapa minit.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan telur rebus dan masak beberapa minit.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

14 Syawal [10 August 2014] Sunday ~ Lunch

Made some special dishes for today. Luckily I've cooked more than usual because originally I thought of the food for lunch + dinner, but unexpectedly my BIL and his son came to our house. So their rezeki then. I've cooked some other dishes for dinner.


Nasi Serai


Sumber: Puan Azlita Aziz

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi – dibasuh, direndam 2 jam, ditoskan
5 batang serai – diketuk
1 biji bawang Bombay – didadu
1/2 biji bawang besar – didadu
5 ulas bawang putih – dicincang
4 hirisan halia
60 g mentega
2 sudu besar minyak
2 sudu besar susu cair
4 sudu besar Maggi Cukup Rasa
5 1/4 cawan air
2 helai daun pandan – disimpul
1 pokok daun ketumbar – dipotong kecil
2 sudu besar bawang goreng

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk nasi. Masukkan mentega dan minyak masak.
  2. Setelah mentega cair, masukkan bawang Bombay, bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Gaul rata. Tutup periuk nasi dan kacau sekali-sekala sehingga bawang kelihatan layu dan berbau wangi.
  3. Setelah bawang nampak sedikit garing, masukkan beras dan kacau rata hingga bersalut kesemuanya. Kemudian, tuangkan air.
  4. Masukkan juga perasa dan daun pandan. Kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
  5. Lagi 5 minit nasi hampir masak, ratakan susu cair dan gaul perlahan supaya nasi tidak patah. Tutup periuk semula dan biarkan masak.
  6. Setelah masak, masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata perlahan-lahan dan tutup semula periuk dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Ayam Masak Merah


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ketul ayam – dibasuh
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 pokok daun sup – dihiris 3 cm panjang
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar halus:
Segenggam cili kering – dipotong kecil dan direbus, dibuang biji dan ditoskan
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Setelah minyak panas, goreng ayam hingga masak dan angkat. Toskan minyak dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 1 senduk minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan 1 cawan air dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan ayam dan gaul rata beberapa minit.
  4. Kemudian, masukkan garam, daun bawang dan bawang besar. Kacau rata hingga bawang agak layu dan kuah menjadi sedikit pekat.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Jelatah


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji timun Jepun – dibuang kulit, dibelah 2 dan dihiris nipis
1/2 biji nanas – dikupas dan dibuang matanya, dihiris nipis
1 biji cili hijau – dihiris nipis
1 biji cili merah – dihiris nipis
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
1 sudu besar cuka
1 1/2 sudu besar gula putih

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sampai waktu untuk menghidang.

Lauk sampingan:
Ikan pari masin goreng dengan bawang dan cili kering
Ayam kampung goreng kunyit

Thursday, August 7, 2014

Lunch 7.8.2014 (Thursday)

Ikan Rebus Masak Taucu


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung rebus – dibuang kepala dan dibasuh
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 peket kecil taucu biji
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar minyak
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
1 cawan air
Garam jika perlu

Cara-cara:
  1. Goreng ikan rebus hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan taucu dan tumis sebentar. Kemudian, masukkan kicap dan tumis lagi selama 1 minit.
  4. Masukkan air. Setelah mendidih, masukkan ikan rebus, bawang besar dan cili merah. Kacau sekali sekala hingga mendidih, masukkan pula garam.
  5. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.

Dinner 6.8.2014 (Wednesday)

Yesterday evening, after work, my BIL and his children came to our house just to lepak-lepak. I already planned earlier to cook something light. So, when I learned that they will come, I asked my husband to stop by at the mini market near our house and bought yellow noodles, and I will cook some Mee Hailam for them.

Nasi Goreng Kampung Pes Segera

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 cawan nasi – digemburkan
4 tangkai daun sup – dipotong 1 cm
Segenggam ikan bilis
4 sudu besar Sambal Hijau (dalam botol)
2 biji telur
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis Sambal Hijau hingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan garam, nasi dan daun sup. Gaul rata dan goreng beberapa minit.
  4. Buatkan lubang di bahagian tengah, pecahkan telur dan biarkan sebentar (api perlahan). Setelah telur separuh masak, kacau dan gaul rata bersama nasi. Masukkan ikan bilis goreng. Goreng selama beberapa minit.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Mee Hailam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 bungkus mi kuning – dibilas dan ditoskan
1 mangkuk udang sederhana – dibuang kepala dan ekor
1 mangkuk daging – dihiris nipis
10 biji bebola ayam – dibelah 2
1 pokok sawi – dipotong 4 cm panjang
1 biji tomato – dihiris kasar
1 biji bawang besar – dipotong dadu
5 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
2 cawan air

Hiasan:
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan tomato dan tumis lagi hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar, tumis sebentar dan masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Gaul rata hingga pecah minyak, masukkan daging, udang dan bebola ayam. Gaul rata beberapa minit.
  3. Masukkan air (boleh tambah lagi kemudian jika tak cukup kuah) dan biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan mi dan sawi. Gaul rata, tambah air jika agak kering.
  5. Masukkan garam dan gaul rata. Mi hailam sepatutnya sedikit berkuah.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.

Wednesday, August 6, 2014

Lunch 6/8/14 (Wednesday)

Sup Ekor

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg ekor lembu – dibersihkan
1 sudu besar cuka
Air untuk merebus

Bahan-bahan lain:
2 tangkai akar daun ketumbar – dibersihkan
3 inci halia – diketuk
4 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji bawang besar – dipotong 2
1 bungkus sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 biji cili padi – dibelah 2 tidak putus
Garam secukup rasa
4 cawan air
1/2 biji lemon – diambil jusnya

Hiasan:
Hirisan daun bawang/ketumbar
Bawang goreng

Cara-cara:
  1. Rebus ekor lembu dengan air dan cuka selama 2 jam (minimum). Fungsi cuka adalah untuk melembutkan daging. Setelah itu, buang air rebusan dan tambahkan 4 cawan air dan teruskan merebus.
  2. Tambahkan bahan-bahan lain kecuali garam dan jus lemon. Rebus hingga ekor lembu betul-betul empuk.
  3. Tambahkan garam dan sesuaikan rasa. Setelah mendidih, tutup api. Tuangkan jus lemon dan kacau rata.
  4. Sedia dihidangkan.

End of holiday

We were back in SB on Sunday night. But I continued my holiday until Tuesday, :). So here's a compilation of what I cooked during my holiday. We bought the frozen udang galah (giant freshwater prawn) at the Teluk Intan jetty on our way back to SB. At first we stopped by at some home scale udang galah (live) place, but the price was so expensive, ranging from RM70 - RM90 per kg. Phewww!!! So we were satisfied enough to get a RM50 per kg frozen ones in Teluk Intan. There were 28 pieces of various sizes prawns. I cooked half of it on Monday afternoon.


Udang Galah Masak Tomato

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
14 ekor udang galah – digunting bahagian muncung dan sesungutnya
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
1 pokok daun bawang – dipotong 4 cm panjang
1 biji tomato – dihiris kasar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar dan tomato hingga mendidih dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram dan kacau rata selama beberapa minit.
  3. Kemudian, masukkan udang dan gaul rata, hingga bertukar warna (dari biru/kelabu kepada oren kemerah-merahan).
  4. Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula merah. Sesuaikan rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang kuning dan daun bawang, gaul rata sebentar dan tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

Sup Suhun dan Bebola Ayam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/4 peket suhun – direndam
1 keping fuchuk – dipatah-patahkan, direndam
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa (I should change to another brand later)
5 biji bebola ayam – dibelah 2
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 1/2 cawan air

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan rebus hingga masak.
  2. Sedia dihidangkan.


Nasi Lemak dan Sambal Udang

Nasi Lemak

Bahan-bahan:
3 1/2 cawan beras – dibasuh bersih
3 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 sudu besar garam
3 biji bawang merah – dihiris
2 inci halia – diketuk
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  2. Di antara waktu memasak, gembur-gemburkan beras supaya masak rata.


Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan:
1/2 kg udang – dibuang kulit
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil gula merah
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
Sedikit air
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih dan masukkan gula merah. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan asam keping. Kacau rata sebentar dan masukkan udang.
  3. Setelah udang bertukar warna, masukkan air dan kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan bawang besar dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga mendidih.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Sotong Masak Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ekor sotong – dipotong bulat
1/2 biji capsicum hijau – dipotong kasar
1/2 biji capsicum merah – dipotong kasar
3 tangkai daun sup – dipotong 4 cm panjang
4 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji bawang besar kuning – dipotong 2
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar kicap pekat
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  2. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata hingga mendidih.
  3. Masukkan sotong, capsicum merah dan hijau, daun sup, air dan garam. Kacau rata hingga kuah agak pekat (jangan masak sotong terlalu lama, nanti liat).
  4. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Salam Aidilfitri 2014

Hope it still not too late to wish all of you who happens to visit my blog a very happy Salam Aidilfitri. May Allah protect us all, may Allah grants happiness to our fellow Muslims in Palestine, insya Allah.

As usual, my celebration was in my in-laws house in Taiping. All of my hubby's siblings were there. We fasted, we cooked, we ate, we celebrated together.

On the first day of raya, we prepared Nasi Lemak set as Yus' wish. I cooked some chicken rendang to be eaten with my MIL's special steamed lemang (she cooked the glutinous rice with salt and coconut milk, then wrapped in banana leaves in candy packaging style, then she steamed until well-cooked, cut out and it looked like the real lemang only without the crusts).



Rendang Ayam ala Yong


Sumber: Yong, mrskojiwami, Pn Azie

Bahan-bahan:
3 ekor ayam kampung – dipotong 12
2 sudu besar kerisik
3 biji bawang besar – dihiris nipis
10 ulas bawang putih – dihiris nipis
3 inci halia – dihiris nipis
2 batang serai – dihiris nipis
2 helai daun kunyit – dihiris nipis
2 keping asam keping
2 mangkuk santan sederhana pekat
1/2 cawan minyak
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:
30 tangkai cili kering – dipotong kecil dan dibuang biji, direbus
3 biji bawang besar – dipotong kecil
6 ulas bawang putih – dipotong kecil
3 inci halia – dipotong kecil
3 inci kunyit hidup – dipotong kecil
2 inci lengkuas – dipotong kecil
3 batang serai – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan kerisik dan kacau lagi sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata hingga keluar airnya. Masukkan bahan-bahan yang dihiris, asam keping dan santan. Kacau rata dan renihkan di atas api perlahan. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan berkerak.
  3. Setelah kuah agak pekat, masukkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan sesuaikan rasa. Masak sehingga mendapat kepekatan kuah yang diingini atau boleh juga dimasak hingga agak kering.
  4. Sedia dihidangkan.

Nota:
  • Cara Yong, tumis menggunakan minyak. Kalau cara mak, masukkan kesemua bahan (kecuali minyak) dan renihkan sehingga masak tanpa menggunakan minyak.
  • Cara Pn Azie, tambahkan bahan-bahan yang dihiris untuk menyedapkan lagi rendang.



On 2nd day of raya, MIL cooked yellow glutinous rice and I made some curry chicken.


Kari Ayam dan Kentang

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 ekor ayam – dipotong kecil
3 biji kentang – dipotong dadu
5 sudu besar serbuk kari ayam/daging – dibancuh menjadi pes
2 tangkai daun kari
1 sudu besar kerisik
2 biji bawang besar – dihiris nipis
5 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris nipis/halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Garam dan serbuk perasa secukup rasa (MIL suka guna serbuk perasa, so bubuh je la kalau tak dia komplen tak cukup rasa)
1/2 cawan minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan wangi.
  3. Masukkan pes kari, daun kari dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak tapi tidak hangit.
  4. Kemudian, masukkan ayam dan kentang, gaul rata hingga air ayam keluar. Kacau sekali-sekala.
  5. Masukkan santan cair dan kacau rata hingga mendidih. Tutup periuk supaya kentang cepat empuk tetapi mesti dikacau sekali-sekala untuk menggelakkan hangit di bawah.
  6. Setelah mendidih, masukkan santan pekat dan kacau sekali sekala sehingga mendidih.
  7. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan setelah mendidih, tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.