Last keje hari khamis tu, actually aku dah minta 1/2 day, tapi not approved, sbb mrs boss kata aku dah amik cuti 2 kali dah bulan 10 tu, plus katanya aku byk keje (padahal keje tu takde la heavy sangat pon). Tapi takpe la, dah tak dapat cuti kan, tapi plan asal kena ubah la kan.
MIL ada kat sini, datang beraya ngan her sisters, anak2 and menantu. Un and family pun ada juga. Tapi aku dan En Koji dah ada plan lain. Kitorang cadang nak ke Jerantut, Pahang, beraya kat sana with my mom and Nyah's family. Diorang kata diorang ada buat korban. Pastu En Koji bercadang nak ke Terengganu dan Kelantan, saja jalan-jalan. So, plan asalnya nak belanja the whole family makan-makan, kira awal la sikit kan, lepas tu kitorang akan terus bertolak ke Jerantut. Tapi disebabkan aku tak dapat cuti, so reschedule plan. Janji ngan diorang pukul 8 pm.
At first, En Koji ajak ke Madam Lim's. Tapi aku teringat, hari sebelumnya Abby pegi makan kat D'Manggis, so aku pun bagi la cadangan kat En Koji pegi makan kat sana. Sbb at least something new la kan, takde la asik2 makan kedai tomyam and such kan. Lagipon ada ice cream so sesuai la utk bebudak yang ramai tu. En Koji pun setuju walaupun dia x brp suka makan kat situ, tak menepati citarasa katanya. Dia lebih prefer Johnny's.
So, aku pun call Abby minta no phone D'Manggis, tapi Abby dengan baik hatinya tolong bookkan utk aku. Ok settle.
So, sementara nak tunggu masa dinner tu, kitorang ke Sunway Giza, beli stok susu Rayyan. Masuk Village Grocer, beli bahan-bahan untuk buat nasi ketumbar kat rumah Nyah nanti, sbb mak teringin nak rasa.
Masalahnya, hari dah start hujan dan diorang yang lain tu agak lambat turn up. So, En Koji sudah bising, katanya nanti takut makanan dah habis, sbb time tu dah nak dekat pukul 8.30 pm dah. Dah la kitorang nak ke Jerantut pulak kan. Dah la jalan pun agak jauh, lokasi kat Kuang. Diorang tak tau jalan, nak tak nak kena tunggu jugak la. Sementara tunggu kat Shell Seksyen 7 tu, kitorang pegi ambil Ika dan Mirzan dulu. Mula-mula En Koji kata ex-kak ipar nak ikut, tapi agaknya sbb kitorang yang pegi ambil anak2 dia, dia segan la kot, dia bajet Abg Din la nak amik dia kot kan, Ika kata mama demam. Well, kalau dia setuju nak ikut pun, I'll feel awkward jugak, sbb tak berapa rapat ngan dia. Actually aku pun pelik kenapa dia beria-ia nak ikut. Sbb time dulu2 pun dia bukannya suka sangat family En Koji ni. Hmm...whatever. Peoples change anyway.
By this time, hujan dah lebat, diorang sampai je terus gerak. Jam tak payah kata la, aku risau je makanan abis diorang tak top-up, so rugi la kan, nak cari tpt mkn lain pulak, dah kesuntukan masa. So aku call, alhamdulillah diorang kata food still ada.
Sampai sana dalam 8.50 pm kot, terus duduk dan En Koji terus ambil bahan2 nak steamboat and grill. Later baru Abg Din sampai, dia baru balik keje.
Menu yang ada: Nasi goreng dan rojak buah (sedap).
Bahan2 steamboat dan grill: 2 jenis daging perap (salah satunya lada hitam), ayam (rasa macam sate), udang, ketam kecil, sotong, ikan kembung kecil, pelbagai bebola, sosej, yee mee, maggi, mi kuning, kueytiow, telur, sayur2 (baby corn, cherry tomatoes, oyster mushrooms, sawi, dll). Sos ada 3 jenis kot. Banyak juga la pilihan.
Sides: Kerepek2, biskut2, ice cream (ada 8 jenis), air sirap, oren.
I must say, ok jugak la even though kuah dia tu tak menepati citarasa sangat, sebab to me, quite sweet la tomyam dia, why la tak buat pedas sikit.
Utk harga pulak, dewasa RM25, kanak-kanak bawah 12 thn: RM12, kanak2 bawah 3 thn, free.
Lepak2, sembang2, dalam pukul 10 pm cam tu, gerak ke Jerantut, punya la jam kan, malam raya la katakan. En Koji decide ikut jalan lama, Bentong. Dia kata dia rela ikut jalan jauh daripada stuck dalam jam.
Sampai Jerantut dalam pkl 3 am.
No comments:
Post a Comment