Tuesday, November 27, 2012

SARDINE PUFFS

SARDINE PUFFS




Rujukan: Che Mat Gebu

Bahan-bahan:

1 paket instant puff pastry brand KAWAN - selepas keluarkan dari fridge, biarkan dalam 10-15 minit
1 tin kecil sardine brand AYAM
1/2 biji bawang kuning - dipotong dadu
1/4 biji lemon - diambil jusnya

Dressing:
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu cair

Pukul sebati.

Cara-cara:

Lenyekkan sardine bersama sosnya dan masukkan bawang dan jus lemon. Kacau rata.
Boleh juga tumis dulu sardin tu, tapi tadi tak tumis pun, maybe next time akan try tumis pulak. Kalau tumis normally aku akan tumis bawang putih dan bawang kuning hingga layu, masukkan cili+bawang besar+bawang putih sikit, masukkan sos tiram dan asam keping/jus lemon, garam secukup rasa. Tapi make sure tumis kering, sbb tak nak berair dalam puff.

Ambil sekeping puff, bahagi 2. Satu bahagian dikelar-kelar ikut suka (jgn sampai putus), satu bahagian lagi diisi dengan sardin secukupnya. Kemudian tutupkan bahagian berinti dengan bahagian berkelar. Kelimkan bahagian tepi dengan garpu.



Lengserkan loyang dengan butter, dan susun puff jarak sedikit sbb nanti akan naik. Kemudian, sapukan campuran telur ke atas puff.

Bakar pada suhu 230 darjah C sehingga kuning keperangan (lebih kurang 25-30 minit), guna fan dalam oven. Kalau takde fan, tengok la dah perang dan naik tu ok la.

Nota utk diri sendiri: kena kemaskan lagi finishing.

No comments: