Hari Khamis hari tu, Nyah and family datang rumah, hantar mak ke rumah aku sempena cuti sekolah ni. Nanti hantar mak ke rumah Yong pulak. Rotation la katakan. Diorang dah sampai dalam pukul 5 pm lebih, aku still kat office. So, diorang pegi jenjalan dulu kat The Store. Janji dinner terus kat sana.
Kitorang sampai The Store pukul 7 pm. Terus pegi ke food court bawah tu, tgk Nyah makan Sizzling Yee Mee, so aku pun teringin, dah lama tak makan...En Koji order Black Pepper Beef, Haqimie order.
Ok la, the taste not bad. Najiha order chicken chop tapi tak abis sbb dia kata ayam macam x masak sangat. So balik ke rumah, aku tanya Najiha, nak makan kek coklat ke, sbb hari tu dia komen kat FB aku, kata kalau dia datang KL nanti, maksu tlg la buatkan utk Jiha. Memula dia kata tak nak, lepas tu ubah fikiran, kalau maksu rajin boleh juga, Jiha pun lapar ni, tadi makan tak abis.
So, aku pun terus la wat, sambil tu tanya pulak, nak pizza tak? Wawa jawab dia nak, so buat la satu pan lagi.
Al-kisahnya, pagi tu aku dah buat satu loyang seafood pizza, bawa ke ofis nak bagi Sherry rasa, since hari tu aku bawa, dia tgh puasa. Pagi tu, pizza dah masak, tanya la En Koji, nak tak? Dia kata ok la bagi la 2 keping dia bawa ke ofis, Haqimie pun aku bekalkan tiga keping utk kongsi dengan Qayyum dan Rayyan. I thought they don't want since baru lagi aku buat pizza tu. Balance tu, aku bawa ke ofis, aku just amik sekeping kecik je dulu. Ingat nak sambung makan kat ofis dgn ofismate sumer.
Aku lak ada tapau ketupat palas dan kari ayam.
Balik tu pulak, En Koji kata menyesal dia mintak 2 keping je, sbb sedap sangat pulak katanya. Huhuhu, susah ni nak dengar dia kata sedap....Tersengih2 la aku kan....
So, sambung balik cerita. Since Wawa pun nak pizza, aku pun teringat En Koji macam x cukup, so gigih la aku buat pizza jugak. Tapi aku wat pizza Hawaiian je, sbb bahan utk seafood dah habis.
Ajar Jiha buat choc cake, ntah dia dgr ke pun tak. Lepas masukkan dalam oven, uli tepung lak utk pizza. Kira ngam2 la siap masak time En Koji balik pukul 10 pm tu.
Dah siap, hidang la...memula Nyah macam tak nak, tapi lepas tu nak, skali lagi licin dibedal...huhu...boleh la jadi pembuat pizza tegar lepas ni...Seronok tgk diorang makan beria2, tak de la rasa penat menguli bagai....Just cake ada separuh lagi, ye la dah pi serbu pizza lak kan...En Koji pun makan lagi 3 keping kot...
No comments:
Post a Comment