Thursday, November 29, 2012

Pizza...again...

Kelmarin, time aku tgh buat sardine puffs tu, mak tanya, buat pizza ke? Aku jawab la tak, buat sardine puffs, kenapa nak pizza ke? Boleh jugak kalau buat...Tapi time tu puffs pun dah agak banyak, so aku kata la esok (semalam) la buat pizza.

So balik keje, terus singgah kedai. Ingat nak beli crabsticks tapi pegi 2 kedai dua-dua pun takde. So beli je la canned tuna ngan canned pineapple cubes. Sosej dan daging ayam cincang ada lagi kat rumah,

Cuma terlupa nak beli canned button mushrooms, tapi yang ada pun will do...tu pun topping dah penuh giler. Semalam buat 2 bancuhan (disekalikan), konon nak buat seafood pizza satu chicken satu la. Tapi En K pegi keje awal pulak semalam so kansel la buat seafood tu. Balance doh aku simpan dalam peti ais, cover ngan napkin lembab. Tgk la esok jadi apa.

PIZZA CAMPUR

Bahan-bahan doh (yields 2 pizzas):

4 cawan tepung gandum
2 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil
4 scoops susu tepung
2 cawan air suam
2 sudu teh gula
4 sudu teh yis segera

Cara-cara:

Larutkan gula dalam air suam dan masukkan yis. Biarkan berbuih lebih kurang 10 minit.
Sementara itu, satukan tepung, garam, olive oil dan susu tepung.
Tuangkan yis yang sudah berbuih sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat. Kalau masih melekat, taburkan sedikit tepung dan uli hingga kenyal.
Rehatkan doh selama 1 jam, tutup permukaan mangkuk dengan napkin lembap utk mengelakkan doh menjadi kering.
Selepas sejam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh dicanai dalam pan/loyang yang sudah digris dengan sedikit corn oil.







Topping:

1/4 tin tuna dalam olive oil - dicerai-ceraikan/omit olive oil dalam tin
1/4 tin nenas dalam tin - dihiris kecil
1/4 biji capsicum kuning - dihiris nipis
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
1 batang sosej cheese - dihiris nipis
2 keping cheese - dikoyak-koyakkan
sedikit sos tomato
3 tangkai daun sup - dicarik-carik daunnya
sos Thousand Island secukupnya

Cara-cara:

Ratakan sos tomato di atas doh yang telah dicanai/ditekan dalam loyang.
Taburkan topping rata-rata.
Akhir sekali, taburkan cheese dan tuangkan sos Thousand Island.
Bakar selama 20-30 minit (hingga keperangan) pada suhu 180 darjah C.

No comments: