Bahan-bahan:
15 ekor udang galah sederhana – dipotong sepit separuh dan muncungnya
1 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 pokok daun bawang – dihiris 4 cm panjang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 senduk minyak masak
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Bahan-bahan dikisar halus:
10 tangkai cili kering – dipotong kecil, direbus, ditoskan
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci halia – dipotong kecil
Air secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan kesemua sos dan tumis hingga pekat dan pecah minyak.
- Masukkan udang dan bawang hiris. Kacau rata, masak hingga udang bertukar warna sepenuhnya. Masukkan air, garam dan MCR dan kacau rata.
- Akhir sekali, masukkan 3/4 daun bawang. Kacau rata.
- Semasa menghidang, taburkan baki daun bawang.
No comments:
Post a Comment