Bahan-bahan:
3 ketul ikan gerut-gerut – dibersihkan
5 biji bendi – dipotong 2
1 biji terung kecil – dipotong 4
1 biji cili merah – dibelah 2
1/2 biji tomato – dibelah 2
1 peket serbuk kari ikan Baba’s – dibancuh dengan air, jadikan pes
2 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
3 sudu besar santan KARA
1 sudu teh halba campur
1 biji bawang besar – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris seperti mancis
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
3/4 senduk kecil minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis halba campur hingga harum, kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga layu dan berwarna perang.
- Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis di atas api perlahan, kacau sentiasa hingga pecah minyak.
- Masukkan air (lebih kurang 3/4 cawan, tambah jika perlu) dan pes asam jawa. Masukkan juga sayur-sayuran. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan ikan dan kacau perlahan, masak sehingga mendidih.
- Masukkan santan, garam dan MCR (jika suka). Didihkan sekali lagi dan tutup api.
No comments:
Post a Comment