Friday, January 19, 2018

Lunch #1 : 30.12.2017

Ayam Masak Kari Hijau ala Thai





Bahan-bahan:
10 ketul ayam yang dipotong kecil
1 botol kecil pes kari hijau Thai (beli di AEON)
1 tangkai daun limau purut – dibuang ranting
1 pokok daun ketumbar – asingkan akarnya, dibasuh bersih, bahagian daun dan tangkai dihiris
2 biji terung panjang (kecil) – dipotong ikut suka
5 biji tomato ceri
5 tangkai cili padi merah – dibelah sedikit
1 keping asam keping
3/4 kotak santan
1/4 cawan air
1/2 sudu besar gula nisan Thai
1 sudu besar sos ikan Thai
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa (agak-agak sahaja sebab dah ada pes dan sos ikan)

Cara-cara:

  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan santan dan akar ketumbar. Panaskan di atas api kecil sehingga berwap sambil dikacau selalu.
  2. Masukkan pes kari hijau dan kacau rata. Masukkan ayam, daun limau purut, asam keping, air, gula nisan dan sos ikan. Kacau rata dan kacau sekali sekala hingga ayam 3/4 masak.
  3. Masukkan terung dan masak lagi hingga empuk.
  4. Masukkan tomato, cili padi, garam, MCR dan 3/4 hirisan daun ketumbar. Kacau rata beberapa minit sebelum tutup api.
  5. Semasa menghidang, taburkan baki daun ketumbar.



No comments: