Friday, January 26, 2018

Dinner: 25.1.2018

Ayam Masak Sambal Serai


Bahan-bahan:

10 ketul ayam
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng

2 batang serai – diketuk
5 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kecil gula Melaka
1 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam 3/4 masak, angkat, toskan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 5 sudu besar sahaja. Tumis serai hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan daun limau purut. Setelah mendidih, masukkan sos tiram dan gula Melaka. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, asam keping, garam dan MCR. Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam goreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa.

No comments: