Bahan-bahan (digaul rata):
1/2 ekor (bahagian kepala) siakap
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan kuah:
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang Holland – didadu
1/2 tangkai bunga kantan – dihiris halus
2 senduk kecil cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
5 biji cili padi – dihiris kasar
1 pokok daun ketumbar – asingkan akar, basuh bersih
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning keemasan dan agak garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga harum.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, sos ikan, bunga kantan, cili padi dan akar daun ketumbar. Kacau rata hingga mendidih, masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga agak pekat.
- Masukkan garam dan MCR serta hirisan daun ketumbar (3/4 sahaja). Kacau rata dan tutup api.
- Sendukkan ke atas ikan rata-rata dan taburkan baki daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment