Bahan-bahan kulit karipap:
2 1/2 cawan tepung gandum Cap Bunga Ros – diayak
1/4 buku mentega + 1/4 cawan minyak – dipanaskan
2 sudu besar vegetable shortening
1 sudu teh garam halus + air sejuk dari fridge (agak-agak)
Sedikit tepung ditaburkan di atas dulang/penggelek
Cara-cara:
- Masukkan tepung ke dalam bekas besar. Buatkan lubang di bahagian tengah.
- Perlahan-lahan tuangkan minyak panas di bahagian tengah. Gunakan senduk kayu untuk mengacau bahan. Setelah agak sejuk, gunaka hujung jari untuk meramas tepung.
- Masukkan shortening dan teruskan meramas tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Tuangkan air sejuk sedikit-sedikit sambil terus menguli dan mula menjadi doh yang boleh diuli.
- Sambung uli hingga tidak melekat dan doh nampak licin. Perap selama 1/2 jam – 2 jam. Kalau nak terus buat pun boleh juga, tapi inti kena sejuk betul-betul.
- Ambil sejemput doh dan bulat-bulatkan menjadi bebola (macam meatball Ikea tu). Buat sehingga habis.
Bahan-bahan inti:
2 biji kentang – dipotong dadu
1 biji keledek oren sederhana – dipotong dadu
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 pokok daun sup/ketumbar – dihiris halus
2 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
1 keping daging kisar Ramly – dibiar lembut pada suhu bilik
1 peket serbuk kari daging Baba’s – dijadikan pes
Garam, gula (lebih sedikit) dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
5 sudu besar minyak masak
Air secukupnya
Bahan-bahan ditumbuk halus:
1/2 cawan udang kering – direndam hingga lembut, ditoskan
3 ulas bawang putih
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
- Masukkan pula daun kari dan pes kari. Tumis hingga sedikit garing dan pecah minyak.
- Masukkan daging kisar dan gemburkan, kacau rata hingga bertukar warna.
- Masukkan kentang, keledek, bawang, daun sup, garam, gula dan MCR. Kacau rata.
- Masukkan air hingga menutupi paras kentang sahaja. Masak sehingga airnya kering, sesuaikan rasa.
- Biarkan betul-betul sejuk sebelum mula membuat karipap.
Untuk membuat karipap:
- Tabur sedikit tepung pada alas dan penggelek. Ambil sebiji bebola, leperkan dengan tapak tangan, kemudian gelek dengan roller pin hingga nipis (jangan terlalu tebal atau terlalu nipis).
- Angkat dan letakkan di atas tapak tangan. Letakkan 1 sudu besar (atau lebih) inti ke bahagian tengah. Kemudian, tutup kedua-dua hujung dan tekan-tekan dengan jari supaya inti ditutup dengan doh.
- Mulakan mengelim dari satu hujung ke satu hujung.
- Letakkan di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Buat sehingga habis.
- Panaskan minyak agak banyak. Pastikan tidak terlalu panas. Goreng karipap hingga keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment