Bahan-bahan:
1 peket kuey teow halus Cap Kunci (peket merah) – dibilas dengan air, ditoskan
1/2 biji tomato – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 pokok sawi bunga – dipotong 4 cm, asing batang dan daun
10 ekor udang – dibuang kulit kecuali ekor, dibuang urat hitam
1/2 cawan kerang rebus
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa (jika perlu)
2 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu.
- Masukkan tomato dan tumis sebentar diikuti dengan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Tumis sebentar dan masukkan kerang, udang dan batang sawi. Kacau sebentar, terus masukkan kuey teow dan daun sawi. Kacau rata hingga bersalut rata. Tambah garam dan perasa jika perlu. Setelah mesra, tutup api.
No comments:
Post a Comment