Thursday, December 12, 2013

Pandan Butter Cake

Sempena birthday mak esok (12.12.13) yang ke-64 tahun. Resepi asal adalah normal butter cake, tapi Mrs K improvise dengan menambah pandan emulco dan whipping cream untuk rasa yang lebih rich. Untuk kek ni, Mrs K bakar dalam loyang bulat bersaiz 8". Untuk original recipe, boleh rujuk kedua-dua blog di bawah.

Sumber asal: Mamafami

Sumber rujukan: Irma

Olahan: mrskojiwami

Pandan Butter Cake

Alatan yang diperlukan:
1 biji loyang bulat 8 inci
1 helai baking sheet 8 inci

Bahan-bahan:
180 g gula kastor
250 g (1 ketul) mentega SCS
5 biji telur saiz A
4 sudu besar whipping cream
200 g tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar pandan emulco
1/2 sudu teh pewarna hijau

Cream Cheese Frosting resepi yang sama dari sini.

Cara-cara:

  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit.
  2. Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan baking sheet dan sapukan lebihan mentega di sekeliling loyang dan dasarnya. Ketepikan.
  3. Masukkan mentega dan gula dalam mixing bowl dan putar dari kelajuan perlahan hingga paling laju sehingga gula hancur dan adunan menjadi putih dan berkrim, lebih kurang 5 minit.
  4. Kemudian, turunkan kelajuan kepada sederhana dan masukkan telur satu persatu, setiap sebiji putar sebati sebelum dimasukkan telur yang seterusnya.
  5. Masukkan esen vanila dan putar sebentar. Kemudian, masukkan 1/3 tepung dan putar sekejap. Kemudian, masukkan 2 sudu besar whipping cream, diikuti 1/3 tepung, 2 sudu besar whipping cream dan akhir sekali baki tepung. Putar sebati.
  6. Masukkan pandan emulco dan pewarna hijau, putar sebati dalam 2 minit.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan menggunakan spatula.
  8. Bakar selama 1 jam dan uji sama ada kek sudah masak. Kalau belum masak, turunkan suhu kepada 160 darjah C dan bakar lagi selama 10 minit.
  9. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan ke atas redai tanpa membuka loyang. Biarkan sejuk selama 30 minit kemudian buka loyang dan buang baking sheet.
  10. Biarkan kek sejuk sendiri sebelum dihias dengan frosting.
  11. Untuk kek ini, Mrs K belah kek kepada dua bahagian. Sapukan frosting dan tutup semula dengan sekeping lagi kek (bahagian dipotong diletak di bahagian atas). Kemudian, frosting seluruh permukaan kek.










No comments: