Saturday, December 14, 2013

Breakfast/Lunch 13.12.13 (Friday)

Sumber: mrskojiwami

Pulut Kuning (Tanpa Kukus)

Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut susu – direndam semalaman bersama 2 sudu teh serbuk kunyit dan sekeping asam keping)
1 kotak (kecil) santan
3/4 sudu besar garam (secukup rasa)
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Selepas semalaman, bilas beras pulut dan masukkan ke dalam periuk nasi. Tuangkan santan, garam, daun pandan dan air (hingga melepasi sedikit sahaja aras pulut – jangan banyak sangat nanti pulut lembik).
  2. Masak seperti memasak nasi putih. Ketika hampir masak, gembur-gemburkan dan biarkan masak sepenuhnya.

Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana – dipotong kecil
1 helai daun kunyit – dihiris halus
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1/2 paket kelapa parut putih
2 sudu besar kerisik
4 biji bawang merah – dihiris
1 1/2 paket santan segar
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula Melaka secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
1 cawan cili kering – dipotong dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
3 inci halia – dipotong
2 inci lengkuas – dipotong
3 batang serai – dipotong
2 inci kunyit hidup – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan tambah air hingga menutupi paras ayam.
  3. Renihkan di atas api sederhana hingga kuah agak pekat. Masukkan garam dan gula Melaka secukup rasa. Setelah mendapat kepekatan kuah yang diingini, tutup api.
  4. Sedia dihidangkan bersama pulut kuning.

Bubur Kacang Durian

Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau – dibasuh bersih
1 paket santan segar
1 ketul gula Melaka
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan – disimpul
8 ulas durian
1/2 cawan sagu – dibasuh

Cara-cara:
  1. Masukkan kacang hijau ke dalam periuk. Tuangkan air hingga menutupi paras kacang hijau. Masukkan juga daun pandan. Rebus hingga kembang.
  2. Setelah kembang, masukkan santan, gula Melaka, gula pasir, garam dan durian. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah dan berminyak.
  3. Setelah sebati, masukkan sagu dan sedikit air (jika kuah terlalu pekat). Didihkan sekali lagi dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

No comments: