Friday, December 20, 2013

Cekodok Pisang

Bahan-bahan:
5 biji pisang montel ranum – dilenyek
2 sudu besar gula
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng




Cara-cara:

  1. Gaul kesemua bahan kecuali minyak hingga sebati.
  2. Panaskan minyak, ambil sejemput adunan dan jatuhkan ke dalam minyak. Buat beberapa, goreng hingga berwarna coklat. Angkat dan toskan minyaknya.

Tuesday, December 17, 2013

Dinner 17.12.13 (Tue)

Kurma Daging dan Kentang

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 mangkuk hirisan daging batang pinang
1 biji kentang - dibelah 4
1 batang serai - diketuk
1 sudu besar kerisik
1 paket rempah kurma
1 sudu besar serbuk cili
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 biji bawang merah - dhiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
1/2 cawan santan segar + 1/2 cawan air
1 biji cili merah - dibelah 2
1/2 pokok daun ketumbar - diracik
4 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bancuh rempah kurma bersama serbuk cili, daun kari, kerisik dan sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik baunya.
  3. Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga layu.
  4. Masukkan pes kurma dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan gaul rata hingga air daging keluar.
  6. Kemudian, masukkan santan dan kentang. Didihkan di atas api sederhana dan tutup periuk supaya kentang cepat empuk. Kacau sekali-sekala.
  7. Setelah empuk, masukkan cili merah, daun ketumbar dan garam, kacau sebentar.
  8. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.


Kangkung Goreng Belacan

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ikat kangkung - disiang
1 sudu besar minyak

Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah
1 biji cili padi
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Setelah agak garing, masukkan kangkung dan sedikit air. Kacau rata hingga separuh layu.
  3. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Mrs K tak guna garam sebab belacan dah masin.

Breakfast/Lunch 17.12.13 (Tue)

Nasi Lemak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 pot beras - dibasuh bersih dan ditoskan
2 helai daun pandan - disimpul
4 biji bawang merah - dihiris
3 inci halia - dihiris
3/4 cawan santan + air (cukup pada paras 3 pot)
1/2 sudu besar garam

Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan masak pada fungsi Nasi Lemak (43 minit) atau masak seperti biasa. Setelah masak, gemburkan nasi dan biarkan selama 5 minit di dalam periuk barulah dihidangkan.



Sambal Ikan Bilis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
4 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:
1 cawan cili kering - dipotong dan direbus
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga menggelegak. Masukkan gula perang dan sos tiram, tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan 1/2 cawan air dan asam keping dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan bawang besar dan kacau seketika. Kemudian, masukkan ikan bilis. Jika sudah cukup masam, keluarkan asam keping.
  3. Masukkan garam dan kacau rata. Setelah kuah agak pekat, tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.


Kari Udang dan Kacang Buncis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 urat kacang buncis - dipotong serong
1 genggam udang kecil yang sudah dikupas
1/2 paket serbuk kari udang
1 tangkai daun kari
1/2 cawan santan segar + 1/4 cawan air
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Bancuh serbuk kari bersama daun kari dan sedikit air untuk dijadikan pes.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. Kemudian, masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan santan, setelah mendidih, masukkan kacang buncis. Setelah mendidih, masukkan udang.
  4. Setelah mendidih, masukkan garam dan didihkan.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Dinner 16.12.13 (Mon)

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru - dibelah belakang
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan kelapa parut putih

Bahan-bahan ditumbuk halus:
2 biji bawang merah
1 batang serai
2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
1/2 sudu teh garam
1/2 kuntum bunga kantan

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata.
  2. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut kemudian isikan ke dalam bahagian belakang ikan padat-padat.
  3. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan hingga masak.
  4. Sedia dihidangkan.


Sup Sawi dan Telur

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ikat sawi bunga - disiang
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
3 biji telur
1/2 sudu besar minyak
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Setelah layu, masukkan air. Setelah mendidih, masukkan perasa, kemudian diikuti dengan telur (pecahkan sebiji-sebiji).
  3. Tutup periuk dan setelah telur masak, masukkan sawi dan kacau perlahan-lahan hingga sawi layu.
  4. Sedia dihidangkan.

Lunch 16.12.13 (Mon)

Udang Goreng Kunyit

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 cawan isi udang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/4 sudu teh garam
2 tangkai daun kari
2 biji cili padi - dihiris
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng udang hingga bertukar warna.
  2. Kemudian, masukkan daun kari, cili padi dan bawang besar. Kacau lagi hingga bawang layu.
  3. Sedia dihidangkan.


Bayam Masak Air

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ikat bayam hijau - disiang
2 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan ikan bilis
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Jerang air dan masukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
  2. Setelah mendidih, masukkan bayam dan Maggi Cukup Rasa.
  3. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.

Dinner 15.12.13 (Mon)

Sambal Tumis Ayam Kampung

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung - dipotong kecil
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
Minyak untuk menggoreng
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
4 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:
1 1/2 cawan cili kering - dipotong dan direbus
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 4 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar dan serai. Setelah menggelegak, masukkan gula perang dan sos tiram. Kacau selalu.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan sedikit air dan ayam. Kacau sekali sekala. Setelah mendidih, masukkan bawang besar dan tumis sebentar hingga bawang layu.
  4. Selepas beberapa ketika, tutup api dan sedia dihidangkan.

Saturday, December 14, 2013

Breakfast 14.12.13 (Saturday)

Mi Sanggul Goreng

Bahan-bahan:
2 paket mi sanggul – direndam dalam air biasa
1/2 biji bawang besar – dihiris
1 biji tomato – dihiris
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat manis
2 batang sosej ayam – dihiris serong
2 biji telur – dibuat telur hancur
2 pokok baby mustard leaves (sawi kecil) – diasingkan batang dan daun, dipotong
2 sudu besar minyak
1/4 cawan air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Kemudian, masukkan cili kisar dan tomato. Tumis lagi hingga layu.
  2. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan juga air, setelah mendidih masukkan batang sawi dan sosej.
  3. Kemudian, masukkan mi dan daun sawi. Gaul rata, tambah kicap jika perlu.
  4. Masukkan telur hancur dan gaul rata.
  5. Sedia dihidangkan.

Dinner 13.12.13 (Friday)

Kari Ikan Jenahak Tanpa Santan

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan jenahak – dipotong
5 biji bendi
1 biji tomato – dibelah 4
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 paket serbuk kari daging (pedas)
1 sudu teh serbuk cili
2 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur
3 sudu besar minyak masak
1 mangkuk air asam jawa
3/4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bancuh serbuk kari, serbuk cili dan daun kar untuk dijadikan pes.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris bersama halba campur hingga wangi. Kemudian, masukkan pes kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ikan dan tomato.
  4. Setelah mendidih, masukkan pula bendi dan garam secukup rasa. Didihkan sekali lagi dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Breakfast/Lunch 13.12.13 (Friday)

Sumber: mrskojiwami

Pulut Kuning (Tanpa Kukus)

Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut susu – direndam semalaman bersama 2 sudu teh serbuk kunyit dan sekeping asam keping)
1 kotak (kecil) santan
3/4 sudu besar garam (secukup rasa)
2 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

  1. Selepas semalaman, bilas beras pulut dan masukkan ke dalam periuk nasi. Tuangkan santan, garam, daun pandan dan air (hingga melepasi sedikit sahaja aras pulut – jangan banyak sangat nanti pulut lembik).
  2. Masak seperti memasak nasi putih. Ketika hampir masak, gembur-gemburkan dan biarkan masak sepenuhnya.

Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana – dipotong kecil
1 helai daun kunyit – dihiris halus
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1/2 paket kelapa parut putih
2 sudu besar kerisik
4 biji bawang merah – dihiris
1 1/2 paket santan segar
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula Melaka secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
1 cawan cili kering – dipotong dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
3 inci halia – dipotong
2 inci lengkuas – dipotong
3 batang serai – dipotong
2 inci kunyit hidup – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan tambah air hingga menutupi paras ayam.
  3. Renihkan di atas api sederhana hingga kuah agak pekat. Masukkan garam dan gula Melaka secukup rasa. Setelah mendapat kepekatan kuah yang diingini, tutup api.
  4. Sedia dihidangkan bersama pulut kuning.

Bubur Kacang Durian

Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau – dibasuh bersih
1 paket santan segar
1 ketul gula Melaka
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan – disimpul
8 ulas durian
1/2 cawan sagu – dibasuh

Cara-cara:
  1. Masukkan kacang hijau ke dalam periuk. Tuangkan air hingga menutupi paras kacang hijau. Masukkan juga daun pandan. Rebus hingga kembang.
  2. Setelah kembang, masukkan santan, gula Melaka, gula pasir, garam dan durian. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah dan berminyak.
  3. Setelah sebati, masukkan sagu dan sedikit air (jika kuah terlalu pekat). Didihkan sekali lagi dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Thursday, December 12, 2013

Buah Melaka

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu besar pandan emulco
Kiub gula Melaka
1 helai daun pandan – disimpul

Hiasan:
Kelapa parut + sedikit garam halus

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung pulut dan air di dalam bekas. Gaulkan hingga menjadi doh, tuangkan pewarna dan pandan emulco. Uli sehingga mendapat doh yang boleh dibentuk (tambah mana yang patut, tepung atau air).
  2. Sediakan periuk berisi air dan daun pandan. Didihkan.
  3. Sementara itu, ambil sedikit doh, bulat-bulatkan, leperkan di bahagian tengah dan isi dengan gula Melaka. Kemudian, tutup doh dan bulatkan kembali. Masukkan ke dalam air mendidih.
  4. Buat sepuluh-sepuluh. Apabila bebola timbul di dalam air rebusan, maksudnya kuih dan masak. Angkat dan golek-golekkan dalam kelapa. Susun di dalam pinggan hidangan. Buat sehingga habis.
  5. Sedia dihidangkan.

Ikan Jenahak Masak Sambal Kicap

Bahan-bahan:
1 ekor ikan jenahak saiz sederhana – dipotong-potong
1 sudu besar kicap cair masin
1 1/2 sudu besar kicap pekat manis (ABC)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Goreng ikan hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sebentar, kemudian masukkan sos tomato, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan sedikit air.
  3. Setelah mendidih, masukkan lada hitam dan ikan goreng. Gaul rata sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Sup Sawi dan Daging

Bahan-bahan:
5 pokok sawi bunga kecil – diasingkan batang dan daun (daun dipotong kecil)
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 hiris halia – dipotong kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
100 g hirisan daging batang pinang
Air dan garam secukupnya
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
  2. Masukkan daging dan tumis sebentar hingga daging bertukar warna.
  3. Masukkan lada hitam dan batang sawi, tumis sebentar.
  4. Masukkan air, setelah mendidih, masukkan daun sawi dan garam secukup rasa.
  5. Setelah mendidih, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Bahan-bahan:
3/4 cawan ikan bilis – dibasuh
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
2 papan petai – dikupas
1 keping asam keping
1/2 sudu besar gula perang
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak masak
Air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
1 cawan cili kering – dipotong dan direbus
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan angkat. Toskan minyak dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram, teruskan menumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan petai dan bawang besar, tumis lagi lebih kurang 5 minit. Kemudian, masukkan asam keping.
  4. Masukkan air dan setelah mendidih, masukkan ikan bilis dan garam. Gaul rata sebentar dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Pandan Butter Cake

Sempena birthday mak esok (12.12.13) yang ke-64 tahun. Resepi asal adalah normal butter cake, tapi Mrs K improvise dengan menambah pandan emulco dan whipping cream untuk rasa yang lebih rich. Untuk kek ni, Mrs K bakar dalam loyang bulat bersaiz 8". Untuk original recipe, boleh rujuk kedua-dua blog di bawah.

Sumber asal: Mamafami

Sumber rujukan: Irma

Olahan: mrskojiwami

Pandan Butter Cake

Alatan yang diperlukan:
1 biji loyang bulat 8 inci
1 helai baking sheet 8 inci

Bahan-bahan:
180 g gula kastor
250 g (1 ketul) mentega SCS
5 biji telur saiz A
4 sudu besar whipping cream
200 g tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar pandan emulco
1/2 sudu teh pewarna hijau

Cream Cheese Frosting resepi yang sama dari sini.

Cara-cara:

  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit.
  2. Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan baking sheet dan sapukan lebihan mentega di sekeliling loyang dan dasarnya. Ketepikan.
  3. Masukkan mentega dan gula dalam mixing bowl dan putar dari kelajuan perlahan hingga paling laju sehingga gula hancur dan adunan menjadi putih dan berkrim, lebih kurang 5 minit.
  4. Kemudian, turunkan kelajuan kepada sederhana dan masukkan telur satu persatu, setiap sebiji putar sebati sebelum dimasukkan telur yang seterusnya.
  5. Masukkan esen vanila dan putar sebentar. Kemudian, masukkan 1/3 tepung dan putar sekejap. Kemudian, masukkan 2 sudu besar whipping cream, diikuti 1/3 tepung, 2 sudu besar whipping cream dan akhir sekali baki tepung. Putar sebati.
  6. Masukkan pandan emulco dan pewarna hijau, putar sebati dalam 2 minit.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan menggunakan spatula.
  8. Bakar selama 1 jam dan uji sama ada kek sudah masak. Kalau belum masak, turunkan suhu kepada 160 darjah C dan bakar lagi selama 10 minit.
  9. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan ke atas redai tanpa membuka loyang. Biarkan sejuk selama 30 minit kemudian buka loyang dan buang baking sheet.
  10. Biarkan kek sejuk sendiri sebelum dihias dengan frosting.
  11. Untuk kek ini, Mrs K belah kek kepada dua bahagian. Sapukan frosting dan tutup semula dengan sekeping lagi kek (bahagian dipotong diletak di bahagian atas). Kemudian, frosting seluruh permukaan kek.










Wednesday, December 11, 2013

Sambal Telur

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 keping asam keping
1/2 sudu besar gula perang
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
1/2 cawan air
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar:
1 cawan cili kering - dipotong dan direbus
2 biji bawang besar - dipotong
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sebentar.
  2. Masukkan gula perang dan sos tiram dan kacau. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan garam, kacau rata. Pecahkan telur ke dalam kuah sambal. Gunakan api kecil, tutup kuali dan biarkan telur mengeras.
  4. Setelah telur keras dan kuah sedikit pekat, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Kuah Durian

Bahan-bahan:
7 biji isi durian
2 helai daun pandan - disimpul
1 kotak santan
6 sudu besar gula pasir
Secubit garam
1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
  2. Kacau sekali-sekala hingga kuah menjadi pekat.
  3. Tutup api. Sedia dihidangkan bersama roti atau pulut.

Kacang Buncis Goreng


Bahan-bahan:
10 tangkai kacang buncis - dipotong serong
1/2 genggam ikan bilis - direndam sebentar
2 ulas bawang putih - dicincang
2 biji bawang merah - dihiris
1/2 biji cili merah - dihiris serong
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
1 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis pula bawang putih dan merah hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan kacang buncis dan cili merah. Tumis sebentar.
  4. Masukkan sos tiram, air dan ikan bilis. Tumis sebentar dan angkat.
  5. Sedia dihidangkan.

Sambal Tumis Daging

Bahan-bahan:
400 g daging batang pinang - dihiris nipis
1 batang serai - diketuk
1 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
1/2 sudu besar gula perang

Bahan-bahan dikisar:
1 1/2 cawan cili kering - dipotong kecil dan direbus
2 biji bawang besar - dipotong kecil
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga mendidih. Kemudian, masukkan gula perang, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  2. Masukkan daging, asam keping dan daun limau purut. Setelah mendidih, masukkan bawang besar. Masak sehingga kuah agak pekat, jika sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Tambah air jika perlu.
  3. Akhir sekali, masukkan garam. Gaul rata sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Monday, December 9, 2013

Telur Angsa Masak Gulai Lemak Cili Padi



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji telur angsa
1 batang serai – diketuk
1/2 helai daun kunyit
1 keping asam keping
1 kotak santan + 1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:
1 biji cili merah
5 biji cili padi

Cara-cara:
  1. Masukkan santan, serbuk kunyit, serai, daun kunyit, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk kemudian tuangkan sebiji demi sebiji ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana, kacau selalu sehingga telur kental. Perasakan secukupnya.
  4. Setelah mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Six Layer Rainbow Cake for Haqimie's Birthday

1st attempt. Deco 'asal boleh' je. Untuk resepi asal, boleh rujuk pada link. Mine is modified version. Tapi end product jadi je cuma kena lebihkan frosting tu baru cantik. First time melayer cake dan menyalut kek. Next time, boleh buat tebal-tebal sikit.

Sumber: Secubit Garam

Resepi asal: Kaitlin Flannery

Rujukan: Madiha@Ratna & K. Nor

Bahan-bahan kek:
3 cawan tepung kek – diayak
1/2 sudu kecil garam halus
1 cawan mentega Anchor (suhu bilik)
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji putih telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
Pewarna – ungu, biru, hijau, merah jambu, oren, kuning – 1/2 sudu teh untuk setiap pewarna
Loyang 8”
Pelapik baking sheet 8” sebagai alas loyang
Sedikit mentega – untuk gris

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C.
  2. Sediakan loyang. Alaskan dasar loyang dengan baking sheet dan sapukan mentega pada baking sheet dan sekeliling loyang. Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan.
  4. Putar mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Masukkan esen vanila pula.
  5. Masukkan tepung dan susu segar berselang-seli (dimulai dengan tepung dan diakhiri juga dengan tepung).
  6. Setelah sebati, tutup mixer. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama banyak. Masukkan pewarna dan kacau rata.
  7. Masukkan adunan berwarna ungu ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan di atas redai bersama dengan lapik baking sheet. Jangan buang dulu lapik untuk memudahkan kerja melapis kek.
  8. Ulang untuk adunan yang lain sehingga habis.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya, bolehlah mula melapis dengan cream cheese frosting. Selepas melapis, sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong.

Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
250 g cream cheese Tatura
125 g mentega Anchor
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar jus lemon

Cara-cara:

  1. Putar kesemua bahan hingga kembang dan gebu. Simpan di dalam peti sejuk setengah jam sebelum digunakan.
















Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahan:
4 cawan nasi – digemburkan
2 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar minyak masak
3 biji telur

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 biji cili merah
6 biji cili padi
2 inci belacan
1/2 cawan ikan bilis – direndam sebentar
4 biji bawang merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan Maggi Cukup Rasa dan kacau rata.
  2. Setelah agak garing, masukkan telur, biarkan keras sedikit kemudian kacau supaya bersalut dengan bahan tumis.
  3. Masukkan nasi dan gaul rata, goreng lebih kurang 5 minit sebelum diangkat.
  4. Sedia dihidangkan.

Friday, December 6, 2013

Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin – dipotong 4
1/2 biji timun – dibelah 4
3 sudu besar tempoyak
1 batang serai – diketuk
3 tangkai daun kesum
Air secukupnya

Bahan-bahan tumbuk:
1 ketul kunyit hidup
7 biji cili padi (atau lebih)

Cara-cara:

  • Masukkan air ke dalam periuk bersama tempoyak, serai dan bahan tumbuk. Gaul rata dengan senduk. Jerangkan di atas api.
  • Setelah mendidih, masukkan ikan. Renihkan lagi.
  • Setelah mendidih, masukkan timun dan garam. Didihkan sekali lagi dan tutup api.

Sambal Tumis Udang dan Petai

Bahan-bahan:
1/2 kg udang sederhana – dikupas kulit
3 papan petai – diambil isi
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak
1/4 cawan air asam jawa
1/2 sudu besar gula perang

Bahan-bahan dikisar:
25 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram dan tumis lagi sehingga pecah minyak dan garing.
  • Masukkan petai dan tumis lagi, kemudian masukkan udang, kacau sebentar, masukkan sedikit air jika perlu.
  • Kemudian, masukkan bawang kuning, air asam jawa dan garam.
  • Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.

Tomyam Campur

Bahan-bahan:
3 ketul ayam – dipotong kecil
10 ekor udang – dibuang kepala dan urat hitam
1 ekor sotong sederhana – dipotong ikut suka
2 batang celery – dipotong serong
1/2 biji bawang kuning – dibelah 2
1 batang serai – diketuk
2 helai daun limau purut
4 sudu besar pes tomyam dalam botol
3/4 biji limau nipis – diambil jusnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:

  • Sediakan air dalam periuk, masukkan ayam, serai dan bawang kuning. Rebus hingga mendidih.
  • Masukkan celery, pes tomyam, udang dan sotong. Didihkan sekali lagi, masukkan garam.
  • 2 minit sebelum tutup api, masukkan jus limau nipis.
  • Sedia dihidangkan.

Angsa Masak Kari

Bahan-bahan:
1/2 ekor angsa – dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
2 tangkai daun kari
1 paket serbuk kari daging/ayam
2 sudu besar serbuk cili
1/2 kotak santan
1/4 cawan air asam jawa
1 biji kentang – dibelah 4
Air, garam secukup rasa
Minyak

Cara-cara:

  • Rebus angsa dengan air dan 2 sudu besar cuka sehingga dagingnya lembut dan empuk. Toskan.
  • Bancuh serbuk kari, serbuk cili dan daun kari dengan air hingga menjadi pes.
  • Panaskan 4 sudu besar minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan layu.
  • Masukkan pes kari dan tumis hingga garing.
  • Kemudian, masukkan angsa dan gaul rata, masukkan air (hingga menutupi angsa) dan kentang. Gaul dan tutup periuk. Gunakan api sederhana.
  • Setelah mendidih, tuangkan santan dan didihkan lagi, barulah masukkan garam secukup rasa. Didihkan sekali lagi.
  • Sedia dihidangkan.

Monday, December 2, 2013

Tupperware

Assalam, ok sekarang secara rasminya saya dah jadi seorang Tupperware Consultant. Ini pun dah fikir lapan puluh kali before buat decision. Sebabnya bukan la nak meraih pangkat Director ke apa pun, tapi memandangkan setiap bulan ada je tupperware yang dibeli tak dapat ditahan-tahan, so better la register terus. Tapi boleh juga jadi side income, tapi saya tidak mengejar commission or mencari downline (buat masa ni la). So, kalau la ada reader blog (kalau ada la), yang teringin dan berminat nak beli barangan tupperware, boleh la contact saya ye: tuppyazwani@gmail.com, whatsapp only: 0166282299 for fast response. Insya allah, akan ada discount for each item. Facebook: Tupperware Stuffs.

Ok, ni ada few items yang saya nak let go. Boleh browse catalog terkini dan place order jika berminat, di tupperwarebrandsmalaysia.com.


Fridge Water Bottle 2.0 L = RM33
RM28

SOLD


Eco Spring Bottle 500 ml Pink Punch SOLD

Chickadee = RM28
RM10


B2B Slice N Store 3.1 L = RM30
SOLD


MM Square II 2.6 L

RM35


One Touch Topper Junior 600 ml
One Touch Topper Small 950 ml
RM27

RM24

SOLD


Square Round 4 pcs 500 ml
RM44

RM40

SOLD


Eco Bottle Lime Green 1.0 L
RM20

SOLD

Sunday, December 1, 2013

Ikan Baung Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan:
1 ekor ikan baung - dipotong 5, direndam dalam air asam jawa, ditoskan
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - diracik
1 keping asam keping
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 paket santan segar
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi merah + hijau
3 biji bawang merah

Cara-cara:

  1. Masukkan santan, air, bahan tumbuk, serbuk kunyit, serai dan daun kunyit ke dalam periuk. Didihkan. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  2. Setelah mendidih, masukkan ikan dan asam keping. Kacau perlahan-lahan tetapi selalu supaya ikan tidak hancur.
  3. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa. Kacau sekali-sekala perlahan-lahan sehingga mendidih sekali lagi dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Tupperware Leaflet December 2013

To order: PM via Tupperware Stuffs FB

or email: tuppyazwani@gmail.com

All with discounted prices!