Bahan-bahan:
1 biji terung panjang jenis besar / apa-apa jenis terung - dipotong ikut suka
1 keping tempe - dihiris setebal 1 cm
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Hirisan daun bawang - hiasan
Bahan-bahan dikisar kering (kasar):
Segenggam ikan bilis - dibilas dan ditoskan
1 biji bawang besar - dipotong
3 ulas bawang putih - dipotong
10 biji cili padi hijau - dipotong
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Goreng terung hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1 sudu besar sahaja.
- Tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing di atas api sederhana.
- Masukkan sos tiram dan tumis lagi beberapa minit.
- Masukkan garam dan MCR, kacau rata dan masukkan terung goreng.
- Masak hingga terung lembut dan tutup api.
- Taburkan daun bawang semasa menghidang.
Sotong Percik
Bahan-bahan:
8 ekor sotong sederhana
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Gula kabung/Melaka/biasa secukup rasa
1 kotak santan KARA
1 keping asam gelugur
Air secukupnya
2 sudu besar minyak masak
Hirisan daun bawang - hiasan
Bahan-bahan dikisar halus:
1 biji cili merah - dipotong
5 biji cili padi - dipotong
10 tangkai cili kering - dipotong dan direndam dalam air panas, ditoskan
1 biji bawang besar - dipotong
3 ulas bawang putih - dipotong
1 inci halia - dipotong
1 inci lengkuas - dipotong
2 batang serai - dipotong
2 inci kunyit - dipotong
Sedikit belacan bakar
Cara-cara:
- Sediakan pengukus dan didihkan. Susun sotong di atas lapik kukusan dan kukus selama 7 - 9 minit (hingga bertukar warna). Keluarkan dan kelarkan sedikit.
- Panaskan minyak di dalam periuk kecil. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak di atas api sederhana.
- Masukkan santan, asam gelugur, garam, MCR dan gula secukup rasa.
- Tambah air jika terlalu pekat. Masak sehingga pekat dan berubah warna kepada oren pekat. Tutup api.
- Celupkan sotong ke dalam kuah percik dan gril seketika di atas non-stick pan hingga sedikit garing. Angkat dan susun di dalam pinggan hidangan dan tuangkan lebihan kuah percik di atasnya.
- Tabur daun bawang sebelum dihidang.
Bayam Tumis Bawang Putih
Bahan-bahan:
1/2 ikat bayam hijau - disiang
1 biji cili merah - dihiris serong
1/2 biji bawang Holland - dihiris kasar
3 ulas bawang putih - dicincang kasar
Sedikit air
1 sudu besar minyak masak/kelapa
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Cara-cara:
- Rendam bayam yang sudah disiang di dalam besen dan tuangkan 1 sudu besar cuka makan. Rendam lebih kurang 10 minit untuk membersihkan kotoran pada sayur. Toskan dan basuh beberapa kali lagi kerana bayam selalunya berpasir.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan bawang Holland. Tumis hingga layu.
- Masukkan bayam, cili merah dan sedikit air. Besarkan api dan goreng (stir-fry) segera sambil masukkan garam dan MCR secukup rasa.
- Sebaik sahaja layu, tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment