Tuesday, May 15, 2018

Menu 13 Mei 2018


Ikan Cencaru Sumbat Sambal Tabur Bawang Goreng

Inspirasi: IG @wanakamal79

Diolah oleh: mrskojiwami

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru – dibelah belakang
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar marjerin Daisy
2 biji bawang besar – dihiris nipis

Bahan-bahan ditumbuk:

3 biji cili merah – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil
1 inci belacan bakar
Secubit garam


Cara-cara:

  1. Panaskan campuran minyak dan goreng bawang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam termasuk bahagian dalam yang dibelah.
  3. Sumbatkan sambal ke dalam bahagian yang dibelah padat-padat.
  4. Goreng ikan hingga garing.
  5. Susun di dalam pinggan dan taburkan bawang goreng.




Asparagus Goreng Bawang Putih

Bahan-bahan:

1 ikat asparagus – dipotong serong 4 cm panjang
1/4 biji lada benggala merah – dihiris kasar
1 batang cendawan King – dihiris kasar
4 ulas bawang putih – dihiris
1/4 biji bawang Holland – dihiris nipis
1 sudu besar minyak kelapa
1/2 sudu teh minyak bijan
Sedikit air
Sedikit renjisan Maggi Seasoning
Maggi Cukup Rasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak kelapa dan bijan dan tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
  2. Masukkan sayu-sayuran dan tumis di atas api besar.
  3. Masukkan air, MS dan MCR secukup rasa. Setelah sayur agak lembut tutup api.






Sup Ekor Lembu Simple

Bahan-bahan:

1/2 peket ekor lembu frozen – dinyahbekukan
1 sudu besar cuka
Air secukupnya untuk merebus
1 biji kentang – dipotong 6
1/2 batang lobak merah – dipotong jejari
1/2 biji bawang Holland – dipotong 3
5 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1 peket Sup Bunjut Adabi
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
Sedikit jus limau nipis
Bawang goreng*

Cara-cara:

  1. Rebus ekor lembu bersama air dan cuka hingga empuk. Buang airnya dan toskan.
  2. Sediakan periuk berasingan dan masukkan ekor lembu yang direbus bersama bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis, bawang goreng, garam dan MCR.
  3. Rebus di atas api kecil (bertutup) hingga mendidih dan kentang empuk.
  4. Masukkan garam dan MCR dan sesuaikan rasa.
  5. Tutup api dan masukkan jus limau nipis. Kacau rata.
  6. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.
*Bawang goreng garing (crispy) – tips dari IG shiela.d.dapoq dan diolah oleh mrskojiwami

5 ulas bawang merah – dihiris nipis
Minyak + 1 sudu besar marjerin Daisy

Panaskan minyak dan marjerin.
Goreng bawang di atas api sederhana dan kacau selalu hingga perang keemasan. Toskan minyak dan biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara.

No comments: