Menu:
Kari ikan tenggiri dan bendi
Ayam masak ala kung pao
Ikan keli bakar
Air asam kerisik
Popia carbonara
Ayam Masak Ala Kung Pao
Bahan-bahan:
4 ketul isi ayam – dipotong kiub
Tepung beras + tepung ubi + 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa (basically apa-apa jenis tepung pun boleh)
Minyak untuk menggoreng
1/2 bawang Holland – dihiris kasar
1 cawan kiub lada benggala hijau
3 biji tomato ceri – dibelah 2
10 tangkai cili kering – dipotong 2 dan direndam sebentar
Segenggam kacang badam (sepatutnya gajus)
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
2 inci halia – dihiris nipis
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar kicap ABC
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan campuran tepung hingga bersalut kesemuanya. Goreng hingga perang dan angkat, toskan minyaknya. Ketepikan.
- Goreng badam sebentar, angkat dan toskan. Ketepikan.
- Goreng cili kering sebentar, angkat dan toskan. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih hingga harum kemudian masukkan halia. Tumis lagi hingga perang.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan pula kicap ABC dan sos tiram. Tumis lagi hingga mendidih.
- Masukkan air, bawang Holland dan lada benggala. Kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan ayam goreng, kacang badam dan cili kering. Kacau rata hingga sedikit pekat dan tutup api.
No comments:
Post a Comment