Kerabu Perut dan Pucuk Paku
Bahan-bahan:
300 gm perut lembu – direbus hingga lembut dan dihiris
1/2 ikat pucuk paku – ambil daunnya sahaja dan dibasuh bersih
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
1/2 kuntum bunga kantan – dihiris nipis
Sedikit daun ketumbar – dihiris halus (jika suka)
2 sudu besar kerisik
1/2 sudu besar gula nisan kuning / gula biasa secukup rasa
Garam secukup rasa
Jus limau nipis secukup rasa
Bahan-bahan dikisar kering:
3 biji bawang merah – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
3 biji cili padi hijau – dipotong
1/2 inci halia – dipotong
1 batang serai – dipotong
1 inci belacan – dibakar
Cara-cara:
- Panaskan periuk berisi air (3/4 penuh). Setelah mendidih, masukkan pucuk paku dan celur lebih kurang 3 – 4 minit atau sehingga lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, satukan kerisik, gula, garam, jus limau nipis dan bahan kisar. Kacau rata hingga sebati.
- Masukkan perut dan kacau rata diikuti dengan pucuk paku. Kacau rata.
- Masukkan bawang besar, daun ketumbar dan bunga kantan. Kacau rata.
- Hidangkan segera.
Ikan Cencaru Goreng Sambal Cili Padi
Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru jenis kecil – disiang dan dibersihkan
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Bahan-bahan dikisar kering:
15 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1 biji bawang Holland – dipotong
5 ulas bawang putih – dipotong
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 5 sudu besar sahaja.
- Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan garam dan MCR secukup rasa. Setelah agak garing, tutup api.
- Tuangkan (skim minyak) ke atas ikan.
Gulai Lemak Cili Padi Perut dan Pucuk Paku
Bahan-bahan:
200 gm perut lembu yang sudah direbus - dihiris sedikit nipis
1/2 ikat pucuk paku – ambil daunnya sahaja dan dibasuh bersih
1/2 biji hirisan bawang besar
1 batang serai – diketuk
1/2 helai daun kunyit – diracik
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Bahan-bahan dikisar halus:
10 biji cili padi hijau dan merah – dipotong
3 biji bawang merah – dipotong
2 inci kunyit – dipotong
Air secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan air, bahan kisar, serai, daun kunyit, asam gelugur dan perut hingga mendidih.
- Masukkan santan, bawang besar, pucuk paku, garam dan MCR. Masak hingga mendidih sambil dikacau selalu untuk elakkan santan pecah minyak.
- Sesuaikan rasa dan tutup api.
Tempe dan Ikan Bilis Goreng Cili Padi
Bahan-bahan:
1 bungkus tempe daun pisang – dihiris nipis
Segenggam ikan bilis mata biru – dibasuh dan ditoskan
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan kisar sama seperti resipi ikan di atas.
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Goreng ikan bilis pula hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja. Tumis bahan kisar hingga garing, dan masukkan tempe dan ikan bilis.
- Sesuaikan rasa dengan garam dan MCR.
No comments:
Post a Comment