Ikan Bawal Goreng Masak Masam Manis
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam (saiz sederhana) – dikelar
Sedikit tepung jagung, serbuk kunyit dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan sos:
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
1/2 batang serai – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris mancis
3 biji cili padi hijau – dihiris nipis
1/4 biji timun Jepun – dipotong dadu
1/4 biji lada benggala merah – dipotong dadu
Sedikit bunga kubis – dipotong kecil
2 helai daun limau purut – diracik
7 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit sos ikan
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama (tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar), tumis bawang putih, bawang Holland, serai, halia dan cili padi hingga harum dan perang.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos cili Thai, sos cili, sos tomato, sos ikan, timun Jepun, lada benggala merah, bunga kubis dan daun limau purut. Kacau rata hingga mendidih dan masukkan air.
- Masak hingga mendidih, masukkan garam dan MCR secukup rasa. Kacau rata dan tutup api.
- Tuangkan sos ke atas ikan bawal goreng tadi dan hiaskan dengan sedikit daun ketumbar.
Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap
1 batang serai – diketuk
1 potong akar ketumbar
4 inci halia – dihiris mancis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
3 biji cili padi merah – dihiris kasar
3 sudu besar sos ikan
8 biji limau kasturi – diambil jusnya
1 sudu teh serbuk lada putih
Sedikit garam
Daun ketumbar sebagai hiasan
Cara-cara:
- Panaskan pengukus.
- Lumurkan garam dan serbuk lada putih rata-rata pada ikan.
- Taburkan separuh hirisan halia dan bawang putih di atas bekas tahan panas.
- Letakkan ikan dan taburkan baki halia dan bawang putih di bahagian atas ikan. Taburkan juga cili padi.
- Tuangkan sos ikan dan jus limau kasturi.
- Kukus selama 15 minit di atas api besar.
- Taburkan daun ketumbar semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment