Bubur Kacang Hijau
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan kacang hijau – direndam 3 – 4 jam
Air secukupnya
1 helai daun pandan – disimpul
3 ketul sederhana gula melaka – dipotong kecil
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 kotak santan
Cara-cara:
- Rebus kacang hijau hingga empuk dan pecah sedikit, tambah air jika perlu semasa merebus.
- Masukkan daun pandan, gula melaka, gula, garam dan santan. Kacau rata dan masak hingga hampir pekat. Tutup api.
Telur Dadar ala Thai
Bahan-bahan:
3 biji telur – dipukul hingga gebu
2 sudu besar sos ikan
1/2 biji bawang Holland – dihiris
1 biji cili merah – dihiris serong
Minyak untuk menggoreng (agak banyak)
Cara-cara:
- Panaskan minyak.
- Satukan bahan-bahan lain. Tuangkan dari aras yang agak tinggi ke dalam kuali supaya telur ada kerak-kerak garing di bahagian tepinya.
- Goreng hingga perang dan terbalikkan. Goreng lagi hingga perang. Toskan minyaknya dan hidangkan.
Siakap Sweet Sour
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana
Tepung jagung, garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 batang serai – dihiris nipis
2 inci halia – dihiris mancis
5 biji cili padi merah dan hijau – dihiris nipis
1/4 biji timun Jepun – dipotong dadu
1/4 biji lobak merah – dipotong dadu
6 kiub nanas dalam tin – dipotong dadu
1/4 biji lada benggala hijau – dipotong dadu
3/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak untuk menggoreng ikan.
- Sementara itu, gaul ikan dengan tepung jagung, garam dan serbuk kunyit rata-rata.
- Goreng hingga garing. Angkat, toskan dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan sahaja.
- Tumis bawang Holland, bawang putih, halia, serai dan cili padi hingga perang.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili Thai, sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kacau rata dan tumis beberapa minit lagi.
- Masukkan timun, lobak merah, nanas dan lada benggala. Kacau rata dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih kemudian masukkan garam dan MCR. Sesuaikan rasa dan setelah agak pekat tutup api.
- Tuangkan sos ke atas ikan dan hidangkan segera.
Peria Goreng Cili Padi
Bahan-bahan:
1/4 biji peria besar – dihiris nipis
Air bercampur 1 sudu besar garam untuk merendam peria
3 ketul isi ayam – dipotong kiub
1 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar (kering):
5 biji cili padi merah dan hijau – dipotong
3 ulas bawang putih – dipotong
1/2 biji bawang besar – dipotong
Cara-cara:
- Rendam peria di dalam air bergaram lebih kurang 30 minit, kemudian bilas dan toskan.
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan layu, kemudian masukkan ayam dan tumis rata hingga berubah warna.
- Masukkan sos tiram, peria dan sedikit air (sekadar untuk melembutkan peria).
- Kacau sekali sekala hingga peria lembut dan tutup api.
No comments:
Post a Comment