Peria goreng telur, ikan merah masak pedas, ikan kerisi sambal hijau
Ikan Kerisi Sambal Hijau
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Bahan-bahan dikisar kering/ditumbuk:
15 biji cili padi merah + hijau
5 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3 sudu besar sahaja. Tumis bahan kisar hingga layu dan sedikit garing. Masukkan garam dan MCR. Kacau rata dan tuangkan ke atas ikan goreng.
Ikan Merah Masak Pedas
Bahan-bahan:
2 keping ikan merah
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam dan MCR
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan 3 sudu besar sahaja. Tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram dan tumis lagi.
- Masukkan air, garam dan MCR. Kacau rata hingga mendidih. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan merah goreng tadi.
Peria Goreng Telur
Bahan-bahan:
2 biji peria katak – dibelah 2, dibuang biji dan dihiris, rendam di dalam air bergaram 1/2 jam, toskan
1 biji telur
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Garam dan MCR secukup rasa
Sedikit minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan kacau rata.
- Masukkan peria dan sedikit air. Masak sehingga agak lembut.
- Buatkan lubang di tengah dan pecahkan telur. Biarkan sebentar dan kacau bersama peria, jangan terlalu hancur.
- Masukkan garam dan MCR. Tumis rata dan tutup api.
No comments:
Post a Comment