Sambal belacan tumis, ayam goreng kunyit bersayur, ikan kerisi masak cuka
Sambal Belacan Tumis
Bahan-bahan:
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
5 biji tomato ceri
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Garam dan gula perang secukup rasa
1/4 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, potong kesemua bahan kecuali minyak, garam, gula dan pes asam jawa kecil-kecil.
- Goreng bahan-bahan tadi separuh masak. Keluarkan dan toskan minyaknya.
- Tumbuk/kisar kasar bahan tadi. Tambahkan garam, gula dan pes asam jawa secukup rasa.
- Goreng semula bahan ini hingga betul-betul masak.
Ayam Goreng Kunyit Bersayur
Bahan-bahan:
3 keping dada ayam - dipotong memanjang/dadu
1 sudu besar tepung beras + 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang Holland - dipotong 8
1/2 biji lobak merah - dikupas dan dihiris bulat, dibelah 2
10 tangkai kacang buncis - dibuang urat, dipotong serong 3 cm
5 tangkai cili padi merah - dipotong 2 (serong)
Maggi Cukup Rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam bersama campuran tepung, serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga separuh layu.
- Masukkan lobak merah dan kacang buncis. Besarkan api sedikit, kacau rata hingga separuh masak. Masukkan pula cili padi merah dan MCR. Kacau rata 2 minit dan tutup api.
Ikan Kerisi Masak Cuka
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kerisi
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
1 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang putih - dibelah 2
1 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang merah - dibelah 2
1/2 inci halia - dihiris seperti mancis
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai cili hijau/merah - dibelah 2 tanpa putus
4 sudu besar cuka putih
1/2 cawan air
Garam dan MCR secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis halba campur, bawang putih, bawang merah dan halia hingga layu.
- Masukkan air dan cuka. Setelah mendidih, masukkan ikan, garam dan MCR. Sesuaikan rasa. Biarkan mendidih sekali lagi.
- Lebih sedap dimakan keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment