Paprik Makanan Laut
Bahan-bahan:
10 ekor sotong kecil - dibuang kulit luar dan dikelar
15 ekor udang sederhana - dibuang kepala, ekor dan urat hitam
10 keping kiub ikan dory frozen
Sedikit tepung beras + tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
3 helai daun limau purut - dibuang urat
1/2 biji bawang Holland - dihiris kasar
1/2 batang lobak merah - dipotong kecil
1/4 biji kubis bunga - dipotong kecil
5 biji cili padi merah - dipotong 2
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos ikan
Sedikit kicap
Air secukupnya
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar termasuk akar
3 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, salut ikan dengan tepung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak, tumis serai hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan sos tiram dan sos cili Thai. Tumis hingga mendidih, masukkan lobak merah dan kubis bunga. Kacau sebentar dan masukkan air. Tutup sebentar supaya sayur lembut.
- Masukkan sos ikan, kicap, daun limau purut, bawang Holland, sotong, udang, cili padi dan akar daun ketumbar. Masak hingga mendidih, masukkan ikan dory. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Tutup api apabila kuah sedikit pekat.
No comments:
Post a Comment