Bahan-bahan:
2 keping kepala ikan merah + 2 keping isi ikan merah
6 batang bendi – dibuang tangkai dan hujungnya
3 biji tomato ceri – dibelah 2
1 biji bawang besar – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris mancis
1 sudu kecil halba campur
3 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
1 peket Serbuk Kari Ikan Baba's
2 sudu besar pes kari ikan giling (beli di pasar dengan orang India)
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
1/4 kotak santan
Garam secukup rasa
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga perang.
- Masukkan rempah giling, tomato, daun kari dan serbuk kari. Perlahankan api, kacau selalu hingga terbit minyak.
- Masukkan air dan asam jawa. Kacau rata hingga mendidih.
- Masukkan ikan dan bendi. Kacau perlahan, tutup periuk.
- Setelah mendidih, masukkan santan dan garam. Kacau perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa masin dan masamnya. Tutup api.
Kubis Goreng ala Mamak
Bahan-bahan:
1 biji (kecil) kubis – dihiris nipis
1 biji cili merah – dihiris
1 sudu kecil halba campur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 genggam ikan bilis – dibasuh
1 sudu kecil minyak
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis halba campur dan ikan bilis hingga harum.
- Tumis pula bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit hingga harum.
- Masukkan kubis dan cili merah. Tumis rata masukkan air.
- Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Masak sehingga lembut dan tutup api.
Ketam Masak ala Kam Heong
Bahan-bahan:
2 ekor ketam – dibelah 2, ketuk sepitnya
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari ikan Baba's
3 tangkai daun kari – daun sahaja
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili Thai
1/2 sudu besar kicap masin Tamin
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ketam bersama tepung jagung, serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan 3 sudu besar sahaja.
- Tumis cili kisar hingga pecah minyak, masukkan daun kari, serbuk kari, sos tiram, sos cili Thai dan kicap. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan sedikit air (ikut kepekatan yang dikehendaki). Kacau rata dan masukkan ketam. Gaul rata dan masukkan garam dan MCR (jika perlu). Kacau rata hingga pekat dan tutup api.
No comments:
Post a Comment