Tuesday, October 1, 2013

Dinner 28/9/13

Sausage Buns

Walaupun Mrs K refer resepi dari blog di bawah, tapi ada certain bahan Mrs K ubah, coz tak ada stock. Tapi hasilnya alhamdulillah menjadi dan roti memang soft seperti yang diharapkan. So, rasanya tak ada masalah kalau ada perubahan bahan asalkan lebih kurang sama la kot. Contohnya, susu segar digantikan dengan susu tepung, butter digantikan dengan marjerin, untuk eggwash tu Mrs K tersilap, sepatutnya guna putih telur, tapi Mrs K terbuang putih dan ambil kuning. Tapi boleh la juga. Untuk bentuk blossom, Mrs K ikut cara CheMat Gebu. Kepingan keju tak ada dalam resepi, saja je tambah. Untuk mixed vege tu, Mrs K ikut CMG. Tapi mayonis tak ada, Mrs K ganti dengan Thousand Island. Resepi di bawah adalah gabungan ketiga-tiga cara dari ketiga-tiga blog.



Source: Rasa Malaysia, Food4Tots, CheMat Gebu

Modified by: mrskojiwami





Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak
1 1/2 sudu kecil yis kering
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan marjerin
1 biji telur + 2 skup susu tepung yang dibancuh dengan 3/4 cawan air suam
8 batang sosej ayam
4 keping keju - dipotong 2

Mixed vege
Thousand Island
1 biji kuning telur + 1/2 skup susu tepung yang dibancuh dengan sedikit air suam, untuk eggwash

Cara-cara:
  • Masukkan separuh tepung, dan yis ke dalam bekas yang besar. Masukkan gula dan garam. Gaul rata.
  • Tuangkan campuran telur (1 biji) ke dalam bekas berisi tepung. Gunakan senduk kayu dan gaulkan rata kesemuanya.
  • Masukkan separuh lagi tepung dan gaul hingga rata sebelum menguli dengan tangan.
  • Uli doh hingga elastik lebih kurang 5 minit.
  • Masukkan marjerin dan uli lagi selama 5 - 10 minit sehingga doh menjadi lembut dan sedikit berkilat. Sekiranya masih melekat pada tangan, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
  • Sapukan sedikit marjerin dalam bekas lain, letakkan doh dan tutup dengan kain lembap yang bersih.
  • Biarkan doh berada di tempat yang hangat supaya naik sekali ganda, lebih kurang 1 jam atau lebih.
  • Selepas 1 jam (atau lebih), tekan-tekankan doh untuk melembutkannya. Bahagikan kepada 8 bebola. Sapukan marjerin pada loyang dan susun doh. Tutup dengan kain lembap dan biarkan selama 10 minit untuk doh naik sekali lagi.
  • Sediakan tempat menguli, taburkan sedikit tepung. Sapukan tepung juga pada rolling pin. Ambil sebiji doh, gelek berbentuk silinder, letakkan 1/2 keping keju dan sosej. Gulung kemas.








  • Potong kepada 8 bahagian sama besar. Susun ke kiri ke kanan, untuk bentuk BSN logo, atau susun dalam bulatan membentuk kelopak bunga. Kemaskan sebelum dialihkan ke dulang yang dilapik dengan baking paper atau digris dengan marjerin.
  • Jarakkan doh. Tutup dengan kain lembap dan biarkan naik dalam 10 minit lagi. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 200C.
  • Sapu dengan eggwash dan taburkan mixed vege dan picitkan Thousand Island.
  • Bakar selama 25 - 30 minit hingga masak.
  • Sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan.

No comments: