Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
10 ketul ikan sembilang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan kisar kering:
10 biji cili padi
1 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
Cara-cara:
- Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Susun di dalam pinggan hidangan.
- Tinggalkan dalam 3 sudu besar minyak baki menggoreng tadi. Tumis bahan kisar hingga wangi. Setelah agak garing, masukkan air dan Cukup Rasa. Gaul rata hingga layu dan tuangkan ke atas ikan goreng.
- Sedia dihidangkan.
Daging Masak Lada Hitam
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
Hirisan daging batang pinang
1/2 biji brokoli – dipotong kecil
6 biji cendawan straw – dibelah 2
5 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 paket Perencah Lada Hitam Maggi – dibancuh menjadi pes
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging dan tumis sebentar hingga bertukar warna.
- Tuangkan pes lada hitam. Gaul rata.
- Setelah mendidih, masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan sos tiram dan sos cili diikuti dengan brokoli, cendawan dan cili merah.
- Setelah mendidih, tutup api.
- Sedia dihidangkan.
Sup Bebola Ayam
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
15 biji bebola ayam
1/2 batang brokoli (batang sahaja) – dipotong kiub
1/2 batang lobak merah – dipotong kiub
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya
Cara-cara:
- Rebus brokoli dan lobak merah hingga lembut.
- Masukkan bebola dan Cukup Rasa, didihkan.
- Setelah cukup masak, tutup api. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment