Saturday, October 5, 2013

Dinner 4/10/13

Ikan Merah Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ketul ikan merah sederhana besar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji hirisan bulat bawang besar
1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1/3 cawan air
1/4 cawan air asam jawa
2 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar halus:
5 tangkai cili kering – dibuang biji, direndam dalam air panas
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Toskan cili kering dan basuh bersih baru dikisar. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan baki 2 sudu besar minyak. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan lada hitam, sos tiram, kicap manis dan kicap masin dan tumis lagi.
  3. Setelah naik bau, masukkan air dan air asam jawa. Setelah mendidih, masukkan ikan, gunakan api kecil, dan biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat.
  4. Setelah kuah agak pekat, masukkan cili merah dan bawang besar, kacau sebentar hingga bawang hampir layu dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


Sliced Cheese Cake

Sumber: Jintan Manis


Nota: Sukatan di bawah adalah sukatan Mrs K. Untuk resepi original, sila refer link di atas.

Bahan-bahan A:
5 keping sliced cheese – diracik kecil
200 ml susu segar
70 g mentega

Bahan-bahan B:
Meringue
4 biji putih telur – pastikan tidak ada sedikit pun kuning telur
8 1/2 sudu besar gula pasir (untuk manis secukup rasa, boleh tambah jika suka)

Bahan-bahan C:
4 biji kuning telur
1 1/4 cawan tepung gandum – diayak
1 sudu teh esen vanila

Peralatan:
Loyang bulat saiz 8”
Sedikit mentega untuk menggris
Kertas minyak – dipotong mengikut saiz loyang untuk dasar, kemudian potong beberapa keping untuk keliling loyang




Cara-cara:
  1. Mula-mula sekali, sediakan loyang. Griskan mentega di keseluruhan loyang, lapikkan dengan kertas minyak. Untuk bahagian tepi, pastikan tinggi dari ketinggian loyang. Ini untuk memudahkan bila kek dikeluarkan.
  2. Satukan kepingan keju dengan susu. Panaskan di atas api kecil dan kacau selalu hingga keju larut. Kemudian, tambahkan mentega dan kacau selalu hingga mentega cair sepenuhnya. Alihkan dan ketepikan untuk menyejuk.
  3. Di dalam mangkuk adunan, pastikan betul-betul kering tanpa kesan air atau minyak, putar putih telur hingga berbuih barulah ditambah dengan gula pasir sesudu demi sesudu hingga habis. Putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi meringue. Pastikan meringue betul-betul kental (bila diterbalikkan tidak akan jatuh). Ketepikan.
  4. Panaskan oven pada suhu 170°C selama 15 minit.
  5. Di dalam mangkuk berasingan, putar kuning telur hingga kembang. Kemudian, masukkan campuran susu sedikit demi sedikit sambil diputar pada kelajuan perlahan.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus diputar hingga sebati. Matikan mixer.
  7. Dengan menggunakan spatula, masukkan separuh meringue ke dalam adunan tepung. Kaup balik perlahan-lahan hingga rata. Masukkan esen vanila dan kaup sebentar barulah dimasukkan baki meringue. Kaup balik perlahan-lahan hingga rata. Jangan terlalu laju kerana akan menyebabkan banyak lubang udara dalam kek nanti.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Ratakan bahagian atas. Letakkan loyang di atas jaring di dalam oven manakala dulang pembakar di bahagian bawahnya diisi dengan air panas (kaedah bain-marie).
  9. Bakar selama 1 jam atau hingga kek betul-betul masak. Untuk 25 minit terakhir, turunkan suhu kepada 140°C. Uji dengan lidi sate, cucuk serong dan kalau licin, maknanya kek telah masak.
  10. Setelah masak, buka pintu oven dan biarkan kek menyejuk dalam loyang selama 5 minit.
  11. Tanggalkan kertas minyak bahagian tepi perlahan-lahan. Terbalikkan kek ke atas redai atau pinggan rata perlahan-lahan, tanggalkan kertas minyak di bahagian dasar. Kemudian terbalikkan semula di atas redai atau pinggan lain. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihias dan dihidangkan. Tanpa hiasan pun ok.

No comments: