Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
5 biji pisang montel – diramas halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula kastor
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Satukan kesemua bahan kecuali minyak hingga sebati. Kemudian, ketepikan selama 15 – 20 minit.
- Panaskan minyak dan jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyaknya.
No comments:
Post a Comment