Thursday, July 31, 2008

SOTONG MASAK MERAH

Photobucket

Bahan-bahan dikisar halus
1 genggam cili kering - dipotong dan dibuang biji, rebus dan toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan
1 ekor sotong besar - dibuang kulit dan dipotong bulat
1 1/2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
sedikit air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula merah secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sehingga terbit minyak.
Masukkan hirisan sotong dan bawang besar. Kacau, sekiranya terlalu kering, masukkan sedikit air.
Masukkan garam dan gula merah secukup rasa.

No comments: