Ari nih aku start posa ganti setelah beberapa percubaan yang gagal sebelum ini. Ini adalah kerana teman sepejabat ku yang selalu mungkir janji untuk posa (dan juga kadangkala diriku sendiri, agaggagag). Aku sahur pukul 5 pagi tadi, makan 2 keping roti sapu garlic butter dan 1 mug Nescafe susu sebab aku malas nak panaskan kari ayam balance smalam.
Ekceli, sepatutnya semalam aku dah start posa, tapi si Awien suka tau, tak posa la pulak, pastu tanduk dia dah keluar dok hasut aku bukak posa and join her for lunch. Pastuh dia sebut-sebut pulak pasal aroma Nescafe yang mmg la mencairkan hati aku yang separuh cair dah sebelum tuh. So terjadi la dua episod – satu, aku ngan Awien pegi wat Nescafe kat pantry dan kedua, time lunch kuar nak pegi tapau depan Leno tu, but then, bapak la ramai pekerja Leno lak semalam. Selalu 5-6 orang je, smalam langsung penuh stall tu, takde chance nak mencelah hatta menggapai polisterene pon. Rasa-rasanya, by the time kitorang nak menapau, mmg harus tinggal kuah je kot, sbb brader tu mmg tak bawak byk lauk.
So, disebabkan Awien tak bawak keta, dia ajak aku jalan kaki ke seberang nun - Bistari D'Kota kot nama dia, tempat ada Gulam Mee dan Diana's Tomyam Restaurant tuh. Adeh, haku lak smalam keanggunan memakai wedges agak tinggi, adeh la nak jalan kaki dalam ujan renyai sambil memakai payung (tah sapa punya tah, Awien main rembat aje kat opis tuh). Baru 2 tapak kedengaran hon di belakang kami, oooo Puan Nurhayati Cheng Abdullah rupa-rupanya, ajak kitorang kuar lunch ngan dia. Ngeh ngeh ngeh... alhamdulillah (padahal aku dgn Awien rasa termalu alah - Awien la esp sbb dia penah kata kat Pn Nur dia nak kuar lunch ngan aku jek....) ekekkke
Kitorang lunch kat Gulam Mee, memula rasa nak makan pasembor je, but then takde la pulak, pastu tgk lauk dia pom cam bes so amik la nasik separuh. Amik sayur peria goreng ngan telur, terung masak sambal, kari daging, kena la RM5 + 20 sen utk air suam (ikutkan ati nak nescafe ais, tapi takpe, ptg karang wat). Sambil makan sembang la, Pn Nur cakap dia tak lama lagi maybe nak resign, dapat offer utk mengajar kat Islamic International School kat Sunway Damansara. Good for her though, wat per stay at this age kat opis ni (she's 60+ - teacher retiree) kalo ari2 asik kena bambu ngan Julie kan.
No comments:
Post a Comment