Monday, November 18, 2013

Lunch 17/11/13 (Sunday)

Asam Pedas Ikan Senangin

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan senangin (saiz sederhana) – dipotong 2
5 biji tomato ceri
1 kuntum bunga kantan – dibelah 2
5 tangkai daun kesum (daun sahaja)
1 batang serai – diketuk
1 sudu kecil halba
3 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air asam jawa
1/4 cawan air
1 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
1 sudu besar lada hitam
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam cili kering – direbus dan dibuang biji

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumis halba sebentar, kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan serai, tumis hingga garing.
  • Masukkan air asam jawa dan air. Setelah mendidih, masukkan bunga kantan, daun kesum dan ikan.
  • Setelah mendidih, masukkan gula perang, garam dan tomato ceri. Renih dan rasa masin dan manisnya. Setelah cukup rasa dan ikan masak, tutup api.
  • Sedia dihidangkan.

No comments: