Sunday, November 24, 2013

Dinner 22/11/13 (Thursday)

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
9 ketul ayam
3/4 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar
4 biji cili padi merah - dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji cili merah - dibelah 2
3 tangkai daun ketumbar - dihiris kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam (botol)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat manis (in this case I use ABC, sbb Qayyum suka sgt)
2 sudu besar minyak masak
Garam (jika perlu)
Air
2 sudu besar cili kisar

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga garing. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap. serbuk lada hitam dan air.
  3. Setelah mendidih, masukkan ayam, bawang kuning, cili padi dan cili merah. Masak sehingga kuah agak pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan gaul rata.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments: