Monday, November 18, 2013

Breakfast 18/11/13 (Monday)

Buat petang semalam, dibiarkan sejuk semalaman, pagi ni baru potong untuk breakfast. Resepi asal dari  Ummizkitchen. Untuk bahagian atas, resepi asal menggunakan gula Melaka tapi Mrs K gantikan dengan coklat, to suit my kid’s tastebuds. Hasilnya, sedap juga. Officemates pun suka juga.

Talam Suji dan Coklat




Sumber: Ummizkitchen

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan (lapisan bawah):
1 1/2 cawan tepung suji (semolina)
4 cawan santan cair
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil pewarna kuning telur

Bahan-bahan (lapisan atas):
1 cawan tepung superfine
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk koko
4 cawan susu segar
1 cawan sirap coklat (Hershey’s)
1 sudu besar gula pasir

Cara-cara:
Lapisan bawah:

  • Sediakan loyang yang sesuai. Sapukan sedikit minyak jagung. Panaskan pengukus.
  • Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak di atas api sederhana hingga agak pekat (kacau selalu). Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian, kukus selama 25 minit.



Lapisan atas:
  • Sementara mengukus lapisan bawah, sediakan lapisan atas.
  • Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak sehingga agak pekat (kacau selalu). Selepas 25 minit lapisan bawah dikukus, tuangkan pula adunan coklat. Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak (uji dengan lidi sate).
  • Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dengan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik dan licin.
Nota:
Mrs K tuangkan lagi sirap coklat di bahagian atas, tu yang comot sikit bila dipotong :).

No comments: