Thursday, November 28, 2013

Karipap Ayam


Untuk di'frozen'kan


Sudah digoreng, untuk bekal ke office pagi tadi



Bahan doh:
2 – 3 cawan tepung gandum
¾ sudu besar garam halus (secukup rasa)
½ cawan butter/marjerin
½ cawan minyak masak
Air sejuk dari peti ais

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan butter hingga cair.
    Satukan tepung dan garam dalam bekas yang besar. Gaul rata.
    Tuangkan minyak panas dan gaul dengan sudu/senduk hingga rata.
    Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit, tambah sedikit-sedikit tepung hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dikepal.
    Ambil sedikit dan bulat-bulatkan menjadi bebola ikut saiz yang disukai. Buat sehingga habis.
    Ambil sebiji bebola dan gelekkan di atas papan penggelek. Jangan terlalu nipis. Letakkan di tapak tangan dan masukkan 1 sudu inti di bahagian tengah. Lipat dua dan tekan bahagian tepi kemudian kelimkan.
    Susun di dalam dulang yang telah ditabur tepung untuk mengelakkan melekat.
    Untuk frozen: Panaskan minyak, goreng karipap separuh masak. Angkat dan toskan minyak. Simpan dalam bekas yang sesuai dan frozenkan. Goreng bila perlu.




Inti Karipap

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 biji kentang - dipotong dadu
2 biji bawang besar - dipotong dadu
4 tangkai daun ketumbar - dihiris kasar
Isi ayam secukupnya - dipotong dadu
1 paket serbuk kari ayam pedas (Baba's) - dibancuh dengan air
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak
1 sudu besar gula perang

Bahan-bahan ditumbuk halus:
Segenggam ikan bilis - direndam sebentar
6 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan pes kari dan tumis sebentar. Masukkan gula perang dan sos cili. Tumis lagi hingga betul-betul garing.
  3. Masukkan kentang, bawang besar, daun ketumbar dan ayam. Gaul rata kemudian masukkan air separas dengan bahan-bahan lain.
  4. Gunakan api sederhana, sentiasa kacau untuk mengelakkan hangit.
  5. Setelah agak pekat, masukkan garam secukup rasa.
  6. Masak lagi sehingga kentang empuk dan inti menjadi pekat.
  7. Angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas yang sesuai.

No comments: