Saturday, November 30, 2013

Ayam Masak Lada Hitam


Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ketul isi ayam + tulang – dipotong dadu
1/2 pokok brokoli
4 kuntum cendawan shiitake – dihiris
4 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang kuning – dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 paket Perencah Lada Hitam Maggi
Sedikit air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang kuning hingga layu.
  2. Masukkan cendawan, ayam dan tumis hingga bertukar warna.
  3. Masukkan brokoli dan sedikit air.
  4. Setelah mendidih, masukkan sos tiram dan perencah lada hitam, tambah air jika terlalu pekat.
  5. Gaul rata hingga kuah agak pekat dan brokoli separuh masak (crunchy).
  6. Tutup api dan hidangkan.


No comments: