Sumber: CMG, Yatie Memories
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering
Pewarna makanan yang disukai
Filling: Strawberi (jika suka)
Topping:
Kelapa parut putih + sedikit garam
Cara-cara:
- Satukan tepung beras, tepung gandum dan yis di dalam bekas yang besar. Gaul rata dan ketepikan.
- Kisar nasi sejuk, gula dan air hingga betul-betul halus.
- Tuangkan ke dalam bekas tepung dan gaul rata. Kemudian, gunakan whisk dan pukul hingga adunan agak licin dan rata. Perap selama 3 jam.
- Selepas 3 jam, sediakan pengukus dan acuan lompang. Griskan acuan dengan sedikit minyak, atau boleh guna paper cup yang kecil dan letakkan ke dalam acuan lompang.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
- Ambil 1/2 sudu besar adunan dan masukkan ke dalam acuan, sudukan 1/2 sudu teh filling dan cover dengan 1/2 sudu besar adunan hingga penuh acuan. Goyang dan ratakan adunan.
- Kukus selama 8 – 9 minit, atau kalau nak merekah, kukus 10 minit.
- Keluarkan dari pengukus, sejukkan sebentar, kemudian keluarkan dari acuan.
- Letakkan topping dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment