Olahan: mrskojiwami
[Original Recipes]
Directions
Bahan-bahan (12 biji):
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/4 cawan mentega
4 1/2 cawan tepung superfine (atau lebih)
1 paket (11 g) yis segera
2 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Golden flaxseed untuk hiasan (atau boleh guna bijan)
Sedikit susu segar (untuk brush roti)
Cara-cara:
- Panaskan susu segar, air dan mentega hingga agak suam. Ketepikan.
- Di dalam bekas yang besar, satukan 1 3/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. Gaul rata.
- Tuangkan susu suam dan gaul sedikit, kemudian masukkan telur. Gaul rata, masukkan 1/2 cawan tepung, kemudian uli dan masukkan lagi 1/2 cawan tepung sambil terus menguli. Jika boleh, setelah doh terbentuk, alihkan ke atas permukaan yang rata yang telah ditabur sedikit tepung dan teruskan menguli (sambil menambah sedikit tepung jika perlu) hingga mendapat doh yang elastik dan lembut (lebih kurang 8 minit masa menguli).
- Bahagikan doh kepada 12 biji doh sama besar. Ambil sebiji dan bentuk-bentukkan hingga menjadi bebola. Susun di atas baking sheet yang telah digris.
- Leperkan sedikit, tutup doh dengan kain yang bersih dan biarkan doh naik, lebih kurang 30 – 35 minit. Kemudian, sapukan permukaan roti dengan susu segar dan taburkan flax seed.
- Panaskan oven, bakar roti pada suhu 200°C selama 10 – 12 minit.
- Sedia untuk dihidangkan dengan daging burger dan salad.
No comments:
Post a Comment