Olahan: mrskojiwami
Actually, tak la secantik kek bakers di atas, tapi rasa memang sedap (according to kiddos and officemates la). Lagi satu, Mrs K guna loyang yang tak sesuai. I guess kalau loyang 8 inci just nice, tapi Mrs K ada loyang 9 inci je. Tu yang karamelnya nipis sangat. Lagipun belum mahir baking, so hasilnya tak la seindah mana. Anyway, kek memang sedap, so abaikan la rupa parasnya tu.
Ok, first of all, sediakan loyang yang sesuai. In this case, loyang 8 inch should be ok. Sediakan juga sebiji loyang yang lebih besar dari loyang tadi sebab kek ini akan dibakar menggunakan kaedah bain-marie. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 170°C. Kemudian, sediakan karamel (gula hangus), diikuti dengan puding dan kek.
Gula Hangus (Karamel)
2 sudu besar gula pasir
- Taburkan gula rata-rata di dalam loyang yang pertama (8 inci). Panaskan di atas api sederhana sehingga gula bertukar warna (perang). Ketepikan untuk sejuk seketika.
Puding Karamel
1/2 tin susu cair
50 g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
- Sediakan mangkuk, masukkan susu cair, gula kastor dan esen vanila. Kacau hingga gula larut.
- Kemudian, masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan sahaja. JANGAN kacau dengan kuat kerana jika ia berbuih, tekstur puding tidak akan menjadi halus.
- Tuangkan adunan ini ke dalam loyang berisi karamel tadi. Tuangkan air panas ke dalam loyang yang lebih besar tadi dan masukkan loyang berisi puding karamel ke dalamnya.
- Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit atau sehingga karamel agak keras sedikit dan masak. Sementara itu, sediakan kek coklat.
Moist Chocolate Cake
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak jagung
- Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga gula larut.
- Masak sehingga adunan sebati dan berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
3/4 cawan tepung superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
- Ayak kesemua bahan. Ketepikan.
4 biji telur – dikisar dalam blender
- Masukkan campuran tepung dan telur secara berselang-seli ke dalam adunan coklat. Mulakan dan akhiri dengan tepung. Contoh: tepung > telur > tepung > telur > tepung.
- Gaul sebati dan rata.
- Keluarkan loyang puding karamel. Tuangkan adunan coklat ke atas (bahagian tengah) puding hingga habis. Masukkan semula ke dalam loyang berisi air panas, bakar pada suhu 170°C selama 1 jam.
- Setelah kek masak, rehatkan sepenuhnya supaya sejuk. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk selama 15 – 30 minit, barulah diterbalikkan ke atas pinggan hidangan. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diterbalikkan untuk mengelakkan karamel pecah.
- Sedap dihidangkan sejuk.
No comments:
Post a Comment